Quantcast
Channel: Tiara Fazlin
Viewing all 50 articles
Browse latest View live

Adik saya dapat kawan baru heh

$
0
0
This is going to be a short entry. 
This i promise u! 
Eh arini ari rabu eh? ok so we call this a few words wednesday not wordless wednesday.
I pun nak gi basuh kain kekgi, persediaan untuk match esok Spain ngan Portugal.
Boleh bet ngan bapak i sapa kalah kena jemur kain, satu gol satu bakul.
U guys ada idea nak suruh i buat tarian ape kalau i menang?
Sambil bapak i jemur kain nanti buleh i menari kuda kepang keliling dia ke? gamelan ke? 
Yoga pon boleh ajak jiran india sebelah rumah teman i nari tepek bunga melur kat dahi seketul dua.

Jemur kain tu pak!!!


Hoyeaaaah ini bakul kain kedua pak!!
Berhenti solat zohor dulu pak!! jap lagi sambung jemur kain balik pak!!



Wohoooooo sakitnya hati bapak tengok i yoga gitu. Hewhewhew.
Talking tom boleh jadi tukang sorak. Ape nak jadi ni~~~

Ini bukan judi okeh ini adalah salah satu cara meringankan beban ibunda terchenta.
Contoh ada di sini. Bahagia sungguh mak i amik gambar dari tingkat atas dapat mc jemur kain sehari.


Ok let's start.
Masihkah kau ingat pada entry bapak saya comel ini?
Kan i ada berleter pasal ibu bapa dan pesbuk.

Kami adik beradik ada stalker setia tau.
Bukanlah stalker i paham je sebagai ibu bapa mereka haruslah memantau anak mereka ya. Bayangkan jika anak-anak bertindak liar tak terkawal ibarat kera sabung-menyabung perangai dah acane. Sana sini hupdate status yang mencemarkan imej orang jawa tak ke nanti kena denda tak dapat makan mee jawa setahun. Apatah lagi mencontengkan crayon di muka mak bapak oh sangatlah tidak patut walaupun crayon lagi santek dari arang. Haaaaa mood Fadhilah Kamsah i datang dah.



Ok back to the topic, ini adalah sedikit sedutan dari entry bapak comel tersebot:


''I tahu ramai para hadirin di luar sana yang block parents kat pesbuk ye dok? ye dok?
Ada yang unfriend tak pun buat dua accounts.
Pahtu ada jugak yang guna nama lain atau bin lain.''



Well...guess what?


Recent Activity
Yesterday at 6.25 pm





Tak kemana spongebob dikejar, bagi crabby patty nampaklah ia.
Baru je adik i tak kawan kejap terus dapat friend request, lantas mak bapak suruh approve request kau jangan main-main kiah oiiii~~ buat tarian shinchan sikit~~




Nana oh nana~~~ awak memang tak dapat lari lah nana~~~~
Eksyen Kamen~~ Eksyen bi bibibibibibibibibibi~~~




There are times u feel like u wanna be free ye dok? bebas dari pantauan ibu bapa.
Tapi percayala ini semua demi kebaikan kita jugak. I pun bukanla baik sangat ada jugak masa jadi hantunye.
And sometimes jiwa remaja tu takleh nak pikir mana betul mana salah maka biarlah ibu bapa tapis mana perlu sebab dierang lagi banyak makan kicap kipas udang daripada kita. I pun ada je buat status and ada jugak wallpost yang tak patut tapi nasib macam baik kenkadang parents i terlepas pandang hiks. 
*jangan lupa sebelum tu semayang hajat dua rakaat*


Eh tapi ini serious sangatla menggeletek perut. Cacing dalam perut i pun berenti menari poco-poco bila nampak kat newsfeed adik ngan bapak baru kawan. Actually kiterang saje je nak test mak ngan bapak berapa lama baru sedar bila unfriend. Ternyata masa yang diambil sangat singkat untuk kantoi. 


Nampak kat newsfeed je i terus post kat wall adik i.


And here is the ending.









''Sama-sama pak...................'' jawab nana sambil tikam bantal.


Kejap je lagi

$
0
0
Sabar eh awak sikit je lagi kita boleh bukak whiskers.
Jangan berlakon mati cenggini. Mutawassitah hukum dia.



p/s: Happy Ramadhan everyone :)


Taiko Tai kawasan Bukit Setongkol

$
0
0
Nama saya along.

Seluruh keluarga panggil saya along.

Maka sudah terang siap suluh dengan pelita tujuh likur malam bahawa saya memang taiko tai terunggul. Saya ah long Bukit Setongkol, salah satu kawasan di Kuantan. Sape la yang bagi nama tempat Bukit Setongkol ni buat gengster KL gelak je nama tak ganeh langsung. Bagi la nama Bukit Berdarah ke, Pak Tongkol The Gigi Besi ke. Whoaa bapakla ganaznyeee, bapak i pun tersedak dengar.

Walaupun saya along yang disegani ramai namun begitu bila saya balik malaysia pada tahun ini gelaran unggul saya telah dicabar. Ibarat hantu cina kuku panjang mencakor mangsa yang lupa tahan napas begitulah sakitnya rasa di hati ini. Kerana gelaran itu telah dicabar oleh?

Adik sendiri.

Perebutan kawasan antara Ah Long, Ah Dik serta Ah Bang telah berlaku. Sangatla tidak patut kerana kami adik beradik tidak harus begini. Air dicincang takkan mungkin jadi air cincau. Dahla kami lima bersaudara sahaja ciput je bilangannya. I ni yang sulung harus mendamaikan keadaan. Bukankah lebih baik ah long ah dik dan ah bang berdamai lalu karaoke lagu dangdut ah ah ah ah ah daun pisang takkan ku lupakan. Kan lebih elok begitu? Tepuk dada kucing tanya dia nak ikan ke whiskers.

Scene investigation.

Bilik mandi.

kawasan ecah | kawasan abang
kawasan ecah | kawasan abang

Sobs sobs ape ni.
I balik malaysia aritu masuk bilik air nampak ni terus rasa nak menangis nanti kalau terlebih kawasan kena simbah cat cemana. Mandi dalam ketakutan tahu. Ini kalau tetamu datang umah nak pinjam toilet, mau tergolek beliau ketawa berguling keluar rumah. Huahahahahaha bilik air kena bahagi kawasan! Huahahahahaahahaha sawan berbuih aku ketawa! Huahaha berguling-guling macam tenggiling! Huahahaha! Ok tak lawak.

Ini serious.

Mujurla shower room ada banyak. Ini adik lelaki dengan adik bongsu i punye shower room dierang share. Paling tak menahan singki pun bahagi jugak.






Ini kalau duduk kat tengah-tengah line pembahagian kawasan, kena gosok gigi sebelah kanan je ke cemana ni? Kira macam nak berus gigi tu berus sebelah jela? Gigi yang masuk kawasan orang tu konpem la takleh gosok ye dok. Bahaye nanti ade orang cucuk perut pakai harpic pulak padah ceroboh kawasan beliau.


Tengok bahaya tak bahaya. Muncung harpic ni tajam tahu walaupun rupa macam manja gitu menyamai itik comel. Nasihat saya, don't judge a weapon by its muncong. Sukahati buat idiom sendiri boleh tahan english edukesyen ah long ni. Mesti dulu Sekolah Jenis Kebangsaan Soley-soley ni.

Namun begitu wang pampasan bakal meleraikan keadaan. Baca notis dalam bilik air ni.



Ahah bagi RM 5 seatel tahu? Eh bukan seatel tapi beres. Namun i yakin tahap dewataraya la beliau nak maksudkan settle di situ tapi dah gengster kan mana main tulis betul-betul. Tengok tulisan pun beliau pancung. Pancung banyak kali pulak tu.
Seatel 
Serram nihhhh! Seram! Tulisan pun pancung, kalau orang mesti kerat empat belas terus ni. Semua simpan lima hengget dalam poket sekarang kalau nak idop lama. Nak makan ketupat raya tak? Nak makan tak? Haaa lebih baik anda semua sediakan payung sebelum jadi ceti, baru style kepit kat ketiak.

My favourite ceti of all time. Payung kat ketiak yeyeeah.

Tapi nak kata dia ganas sangat tak berhati perut tak boleh jugak. Walaupun ganas dalam hati ade taman Babylon tau gangster ni. Tidaklah tamak kawasan sangat seperti yang anda semua sangkakan.

Ini bukan tajuk filem okeh. Adik i memang murah hati berkongsi shower gel. Yang lain semua kena asingkan ikut kawasan kecuali shokubutsu ni lah sebab dierang share ataupun kongsi dalam bahasa gengster. By the way, konsi jangan lupa pancung. Oh sila baca tajuk sabun ni.
Onsen Therapy De-stress and Revitalise.
Kau ingat tak stress ke kutip hutang haaa? haa?! 
*tetibe emo*


Ok sponge mandi tak menahan ni. Tempat letak tisu beliau modified jadi tempat letak sponge. Woha spongebob pun boleh menangis tengok katil selesa cenggini. Double-decker bed siap.

<---- Ecah
  <--- Abang

Tapi difahami jela kena asingkan. Sebab lepas kutip hutang mesti badan kena cat sume kan. So kena asingkan la shower sponge ni. Mana la tahu Ah Dik sensitip ke dengan Nippon paint yang Ah Bang guna. Sebab Ah Dik pakai cat Deluxe je lebih feminin katanya. Warna pink simbah kat pintu rumah sesapa bayar hutang lambat.

Namun i bersyukur jela adik i tu tak bahagikan toilet bowl. Maleh nak imagine kalau kena bahagi. Duduk senget gitu gaya macam entah ape-ape pulak i rasa. Mesti tak berapa nak indah kan? Lagi-lagi kalau tengah cery berry kan.

''Lu olang ketepi semua ketepi! Gua mau langgar itu tauke lemang! Hutang sama gua tapi gua minta bayar bunga sukahati dia bagi bunga orkid pulak sama gua..ken u bilivit? main-main sama gua maaa..ini olang memang sulah terlampaukan dirinya.''

Kasi pancung sikit taiko tai.
Tauke Lemang.
Ewahhhh ganazzz sangat. Serram nihhhh.

Haha bilik adik i yang bongsu ni dekat dengan bilik adik lelaki i.
So thats why dierang share that shower room and she is the ketua. Maka beliau berkuasa untuk memastikan bilik air tersebut sentiasa bersih. Me and my other two sisters have our own shower room untuk dijaga. Tapi takdela notis gini gaya. Ecah yang bongsu tu share dengan adik lelaki i kan, so yeahh lelaki. Sampai kena letak notis oihhh tak bagi kotorkan kawasan orang lain ecah dah tak larat nak kemas gamoknye.
*pasang lagu newboys*
Sejarah bilik air kotor mungkin berulang~~ Ecah tak larat nak kemas dah~~ Oh abangku~~

Tapi tapi tapi penaklukan kawasan adalah yang paling power oleh Ah Ngah. Serious takda sapa berani masuk kawasan beliau. Baca notis kat pintu bilik ni.

Jangan baca tulisan hitam okay. Yang merah tulis ngan darah tu baru taiko tai sejati.
Meh i tolong zoom in.
(p/s: taiko tai berjiwa seni, siap lukis potret orang yang dilarang masuk..ida cantik sekaliiii rambut 3 batang)

amaran! Jangan pegang...

....tombol pintu...

...ada taik hidung...
Okay ayat penuh dia: 
Amaran! Jangan pegang tombol pintu, ada taik hidung
Eh sabar jap ade dialog. Tu nampak tu ade orang tanye ''mana?''
Pastu dia tulis ''eeeuuuu'' so i agak memang ade la kut taik idung. 
Woih memang haku pun tak berani masuk kawasan ni.



Sekian sahaja laporan akhbar Gengster Harian Utusan Metro.

Yang ganas lagi menggerunkan,
Ah Long Tong

Eh macam sedap pulak lontong ni boleh buat berbuka. Ketepi semuaaaa sila bagi laluan kepada ah long nak beli lontong. Gua cocok perut ngan harpic kang.

Parking sisi yang dibenci

$
0
0
Homaigad bapak lama tak update belog ni.
Bapak i pun dah lama tak update belog dia.
Oh bapak i takde belog pon homaigaaad.

Intro bapakla suspennya Tiagha.
Ok i was in malaysia for like 3 months.
Hati bahagia. Otak takde pressure.

Thats. The. Main. Reason. Why. Blog. Ini. Diabaikan. Selama. Tiga. Bulan.

So now i'm back in Dublin.
Back to Tiara who lives in this tiny little room, no TV at home, no siblings to WWE if u smeeeeelllllll lalalalalalalalalalalalala no roommate to talk to and most importantly no burger tepi jalan anymore oh me so sad T__T 


Baby come to mummy T_T


Tahukah anda?
Sebelum update belog i'll make sure that i finish studying 5 to 6 lecture notes on that one particular day, baru lah i bagi izin kat diri sendiri untuk lepak kat sini. Maka mak dan bapak jangan risau along dah study tadi siap ikat bendera jepun kat dahi.

So here i am tadaaaaaa! Otak dah tepu menghafal gini baru nak gelabah cari blog, bila otak tenang bahagia tak nak pulak jenguk blog. Perangai ibarat habis madu Sepah buang mamat lalu tinggallah dua orang ahli sahaja shuib dan jep. 

I dah ada kat Dublin for like a month?
Lots of things to handle lots of new stuffs to learn.
Last week macam nak update belog tapi bila study je hatiku berbisik....

''Sahaja aku baca lecture notes dua muka surat terus mengantuk....tunai.....''

Haa! Dah acane nak update belog baca nota dua muka surat dah terhangguk-hangguk memang rasa guilty kalau lepak kat sini. Selalu one day sempat habis beberapa ketul lecture notes sahaja. Namun begitu hari ini terlajak baca sebab arini ari Ahad plus i bedal coffee dua gelas maka i macam high sikit ibarat makan daun ketum satu tempayan. Muka i ni dah macam tenggiling kena cekik ngan memerang ekpresinye. Kalau i terserempak dengan mat drug konpom beliau akan bersara sambil menangis buang jarum bawah jambatan. Dadah ape kau guna weh sampai buat muka ganas gitu.

Alaaaaaa i nak cerita about me being a teacher kat entry ni sebenarnya.
Tapi tengok intro dah longjong gini.
Habis tu kita nak cakap pasal ape ni?

Oh i know! Long time ago when i was back in malaysia kan, i drove a car.
You know what i hate most about parking?

Parking sisi.



Epic fail kalau nak suruh i parking kereta cun macam ni.
Kecewa rasa di jiwa tiap kali nak try parking sisi.
Park Ji Sung betul.


Kalau ikutkan hati nak je i beli kereta kontot ni ha senang cerita. 





Tak payah pusing satu bangunan cari parking lain sobs. Tak payah putih mata dah bila tengok parking sisi ada yang kosong nak parking tak berani. Especially bila jalan sempit, banyak pulak kereta beratur kat belakang, memey tak la i nak parking situ nanti kena hon.
''Woi amenda lembab sangat parking ni siput mengandung kembar lapan pun lagi laju speed dia!''
Sentap. 
Terus mengalir air mata, air hidung sambil cari parking lain. Tacing sungguh sanubari dahku ini.

There was this one day i was with my siblings. 
Ecah, Ida dengan Nana. 
Eh tak ingat Nana ada sekali ke tak. Nana! awok ikot kiterang tak masa ni?
Okay back to the topic.
We wanna go to a shopping mall so kena cari parking dulu.

Pusing punya pusing ternampak la satu parking sisi maka dengan konpidennya dahku terus nak parking tanpa ragu-ragu lagi. Kat situ memang sempit sebab orang ramai, banyak kereta, it was weekend.
Pastu entah macam mana tiba-tiba......

STUCK.

I was trying to get out of that situation and nak lari cari parking lain je tapi kereta macam lekat and tak boleh nak keluar dari situ. Homaigad cuak gila kereta lain bersepah dah queue kat belakang.

Pusing stereng ke kanan 360 degree takleh keluar jugak.
Tekan minyak nak try parking, bontot kereta pulak halang kereta belakang nak lalu.
I'm not quite sure how to explain this situation it was long time ago zaman baru dapat lesen.
Berpeluh punya gelabah adik-adik i siap gelak. Dahla ugut nak keluar kereta melarikan diri tinggal i sorang. Ida pulak dah pernah kena kes vespa dulu, malu kat traffic light memang taklah dia nak terlibat lagi sekali. Hampeh betul bukan nak jadi cheerleader ke support kakak masuk parking.
Go go go Park Ji Tiara!



Park Ji Sung left Man United sebab tu i dah hilang skill parking.
Wenger cepat beli player lain yang bernama Park jugak untuk Man United.
Eh budak laki dah kerut dahi nak sound i tak tengok bola la tu i tau la its Alex Ferguson ahah gotcha!


Dalam keadaan huru-hara sedemikian tiba-tiba.......


Seorang pak cik dengan ganasnya bukak pintu kereta suruh i keluar!!! Pastu i dengan panik tak boleh pikir terus keluar dari kereta patuh kepada arahan!!! So here is the problem.

Adik-adik. I. Still. Ada. Kat. Dalam. Kereta. 

Ecah punya gelabah tetiba ada orang tak kenal masuk kereta dahla lelaki.




"Along! Tolong! Sape drive kereta kita ni! Selamatkan ecah! Keluarkan ecah dari sini!"


''Along tolong ada orang nak kidnap kitaaaaaaa!'' 



Ida pulak bukak tingkap keluarkan kaki dah ready nak terjun kereta. Mujur kaki takde cagu kalau tak, koma pulak semua orang kat situ. I pulak tanpa membuang masa terus pandang jauuuuuh ke dalam mata pakcik jaga yang jaga entrance mall punya door. Dalam hati pasang niat nak rampas senapang beliau untuk menyelamatkan adik kesayangan. Oh adik-adik ku dalam bahaya!

Hiperbola sangat ni Tiagha.
Okay fine la pakcik tu baik hati tolong i parking sobs terharu. Tapi serious la beliau bagi je arahan tegas suruh i keluar kereta and he took over the car muka garang tak menahan tu. 
Cuma ada dua kemungkinan di sini ye.
Beliau seorang askar pencen yang garang ataupun beliau dah hilang sabar tengok i lembab sangat parking kereta -.-''

Oh jangan salahkan i okehhhh. I passed my driving test parking test semua jenis test la. 
But lemme tell you this. 
Parking sisi yang diajar kat sekolah memandu tidak valid!

Sebab in real life takde tiang doploh batang ni sebagai reference. Amboi real life macam kat sekolah memandu tu kau hidop dalam vampire life.


In real life ada ke tiang banyak-banyak gini kat tempat parking!
Takde kan! Takde! Sebatang pun takde!

Dah tu macam mana i nak parking?!
* tetibe emo*

Blame the sekolah memandu guys, bukan salah dahku seratus percent cintaku~ hei hei hei hanya untukmu~ hamekau Mas Idayu pun bersetuju dengan i.
Sejak kejadian itu saya Tiara Fazlin telah trauma tahap kuasa supersaiya kameyameya.
Adik-adik i pun dah tak berani nak bagi i parking sisi sejak kejadian ngeri itu.
Banyak gila kereta beratur kat belakang melihat kehandalan i parking. Handal sungguh sampai roger askar pencen mintak tolong. Kalaula ayam pencen lalu kat tepi i masa tu mesti dia gelak tutup mulut takut dedak yang dia breakfast pagi tadi bersembur keluar.

Maka kepada anda di luar sana jikalau ternampak i tengah terkial-kial parking tolonglah pegang sepanduk dan bagi semangat. Tak pun tolonglah belikan penyapu pastu pacak kat sekeliling tempat parking macam kat sekolah memandu itu. Nak pacak diri sendiri pun boleh i tak kisah. Boleh i buat reference konpem tak fail dah. Tapi insyaallah la i lenyek sikit kaki you tu. Aloh ibu jari secuit je takkan nak berkira.

Apa pun terima kasih kepada pakcik yang baik hati tolong saya parking jasamu ibarat lilin menerangi kawasan parking rela membakar diri memberikan cahaya terang ibarat sang suria bermuka bayi dalam cerita Teletubbies.


Pakcik askar pencen, jasamu ku kenang.
Sekian.


Kenapa pilot tak dapat kerja!

$
0
0
Kenapa kenapa kenapa.
It's been on the news, everywhere.

Ok fine kecuali kat bikini bottom.

Yang tu memang payah sikit.
Spongebob sampai sekarang tak dapat lagi lesen bot apatah lagi lesen kapal terbang.
Kejam sungguh Mrs. Puff cikgu ikan buntal tu.

Long story short.

I bet dah ramai cadet pilot kat luar sana yang penat dan juga tak larat menjawab soalan seperti.
"Bila kau nak habis buat course piloting ni eh?"
"Kenapa yang dah grad memilih job sangat, sebab tu la ramai yang menganggur kan?"
Banyak lagi lah soalan lain. So maybe lepas ni korang boleh copy paste je entry ni bagi sedebuk kat dierang, abih cerita.

Kepada yang selalu baca paper and kepada mereka yang ada kaitan with those in aviation world, u might know in depth. I just know a little and i might get this facts wrong. Jangan marah.

But i just feel like blogging about it. Tambah pulak cerita Adam Hawa menaikkan saham pilot, habisla semua budak lepas SPM ni kang apply jadi pilot konon nak buktikan beliau boleh jadi Adam. Shut up. Lelaki macam Adam tak wujud. Dah bakpe Tiagha nak emo haha.

So today i don't do medicine, i'm doing piloting cewaaaah. 

Panggil i Captain Tiara, ini arahan.


Ada gaya tak?
Ok fineeee thats not aviator's cap its marine.
I beli kat Venice aritu jadi captain gondola jewww, sobs.


P/S: This is another Tiara yang tengah type. I macam agak waras sikit untuk entry ni, bekalan daun ketum dah layu semuanya.


Sebelum in depth, we need basic for those who are not in aviation world.

Pilot ada jenis-jenis lesen.

PPL is Private Pilot License. Sapa-sapa yang ada lesen coklat ni, u boleh terbang kat malaysia and bawak passenger. Tapi, tak boleh mintak charge, kena bawak free je.


CPL is Commercial Pilot License. Lesen biru ni kalau ada, u can work as a pilot kat airlines company.


ATPLis Airline Transport Pilot License. With Full ATPL, u boleh terbang sebagai seorang captain bawak kapal terbang besar gedempol aku tendang masuk gol. Eh tak, lagi besar macam yang i guna untuk balik Ireland ni.


Frozen ATPL ni pulak macam ATPL tak full. *sukahati haku buat term sindiri*

Yang ni kalau u jadi co-pilot kat airlines company, so belum boleh jadi captain.
Dah tu camane nak jadi captain dalam kapal terbang ni?! 

Awak kena dapatkan Full ATPL. Kinda like kena unfreeze la frozen ATPL tu.

Namun begitu tuan puan, bukan kena bawak keluar dari peti ais pahtu defross frozen ATPL dalam microwave ye?
Pilots perlu collect 1, 500 hours total flight time in an aeroplane atau 1, 000 hours dalam helicopter dahulu.


ATPL License.





Paham tak ni? Tak paham sudah, berhenti baca entry ni, click sinijual kuih Tahi Itik dengan i.



Here comes the problem. They have rules.

Pilots yang dah grad, akan pegang CPL license and Frozen ATPL.
Dierang diberi tempoh 5 tahun untuk defross Frozen ATPL yang sejuk beku ni, kalau tak dierang kena repeat balik semuaaaaaa JAA papers, which agak ramai flung sebab susah. Amboi Tiara macam pernah jawab paper tu je. Hahahahah ok jangan gelak, susah, tak caya tanya cadet pilot.

Sebab itu lah, para pilots gelabah nak unfreeze that frozen ATPL, sebab dierang diberi tempoh 5 tahun sahaja bukan selama-lamanya boleh lek lek isap shisha tak peduli apa. Plus, satu paper JAA tu 75 pound tahu, dalam RM 400 gitu, mahal kalau nak repeat. You see, duit lagi. Dah 5 tahun grad pastu kena exam balik, i pun lupa ape i belajar. So agak risau di situ.



I read a few articles about this matter kat The Star, and other newspapers.


They suggest pilot semua ni keje la crop dusting ataupun keje dengan flying club bawak orang jalan-jalan untuk kutip 1, 500 hours total flight time. Macam i cakap tadi kan, syarat untuk dapatkan full ATPL within 5 years so takyah repeat JAA papers dah nanti.




Crop dusting.
"Peww! Peww! Peww! Tatatatatatataa mati kau ulat bulu, belalang, sipot!
Tembak lagi tembak! Tatatatatata!" jerit abe pilot penuh emosional.
"Tolong....tolong.......aku dah buta......." kata ulat bulu bernama Kasim Selamat pula.



Tolongla jangan memilih wahai pilots sekalian daripada menganggur tu lebih baik kerja sembur racun boleh jugak collect hours sementara tunggu permanent job, kata ramai orang. But here comes the problem. Even if u jadi pilot pembunuh serangga di ladang bayam mahupun ladang kangkung, terbang la dari pagi sampai malam, hours won't count in. Sebab small aircraft tak dikira. Pilot kena bawak aircraft yang lebih 5,700 kg baru hours counted. Hamboiii tauke bayam mana la kaya sangat nak sembur racun pakai boeing. Siap ada stewardess melayan tu. 


''Ulat bulu nak racun jenis apa ye sebelum kiterang sembur ni? Nak campur dalam maggi cup ke nak gaul dengan kacang goreng MAS?'' tanya stewardess cun.

''Kena bayar kan? Takpelah kiterang janji tak gigit sayur bayam dah, assalamualaikum'' kata ulat bulu sambil berlalu pergi.

They said pilot ni semua tak nak keje ni sebab tak glamour. Sama lah dengan kerja kat flying club. It's still small aircraft you're talking about. Weight kena exceed 5,700 kg dulu untuk collect hours for full ATPL. 

“They think it is nice to put on a suit and walk around airports. They are not willing to try any other options. If they are willing to exchange the suit for shorts and T-shirts to clock in the required flying hours, they won't have any problems (in securing jobs),” he says. 
-The Star- 

Oh u don't say.....pilot ada yang jual burger kot, jual insurans, jadi cikgu sementara. Dah lama pun dierang exchange the suit for shorts and tshirts berbaur asap burger ye dok? Eceh pilot jual burger angguk-angguk depan laptop sambil baca. Belanja i burger satuuuuuuu. Mayonis lebih.



Ini je lah yang tambah rage ni. Actually what he meant is peluang kerja semata-mata, but tak payah cakap boleh penuhkan 1, 500 flying hours tu because it doesn't. So now the society might think, oh pilot ni memilih je lebih gedik betol. Padahal dierang pikir pasal that 5 years rules tu jugak. Flying club pun macam tak banyak je kat malaysia ni. Tapi boleh je keje as crop duster untuk kutip pengalaman bawak aircraft kan pilots sekalian? Gaji boleh tahan jugak dengar kata. 
Tapi tu lah, family's expectation is still there. Lagi tension kalau dapat parents yang expect tinggi, say what....dierang dah spent a quarter million untuk anak belajar kat flying school kot.

Kata ayah kepada seorang cadet pilot.
Huntonglaaa ayah awak Boromir.

Ok now i dah explain pasal pointless 1, 500 hours for ATPL dengan bekerja sebagai crop duster atau pilot bawak orang jalan-jalan, flying instructor pun sama jugak. That flying hours cuma pengalaman dan untuk dapat gaji sahaja. Aircraft bunuh ulat bayam tu is not qualified to unfreeze ATPL. Tutup buku.


Another option they give for these thousands of jobless pilots is...amik lesen helicopter mu pahe dok?
Chopper tu ramai orang tak bawak banyak peluang kerja okeh u olls. 
Here is another thing.
Awak kena tambah lagi RM 250k. Yes, dua ratus limaploh ribu hengget tunaaaaai....sah?
"Tak sah!!!! mak aku keje jual ABC kot!! mana nak korek duit lagi!! buat lesen kapal terbang aritu da pinjam dengan bank sekarang nak buat lesen helikopter pinjam lagi, makan mesin ABC ah cenggini"

Ok sekarang semua amik tisu kita nangis sama-sama. Alolololo sabar eh pilot sekalian alam. Pegi mintak offer berlakon filem 2 Alam arahan Dr. Rozmey kutipan juta-juta tuuuu. Nama watak utama Awang Cendawan. Woha! kalah rating Awan Dania! :o

Bagi yang kaya takpa, duit mengalir macam air. Bagi yang tak berapa kaya, duit mereka macam air batu keras kejuuung kat situ. Kena kisar buat ABC dulu, jual kat orang baru dapat duit. So tak berapa laju pengaliran dia ye. Cendol pun tacing tengok abang pilot berpeluh pulas mesin airbatu tolong mak.


"Kita usaha ye mak. Abang janji tunjuk kat adik-adik yang abang boleh jadi pilot suatu hari nanti. Boleh abang bawak mak jalan-jalan pergi oversea. Hidup kita akan jadi lebih baik suatu hari nanti mak"

Pehhh Tiara buat ayat drama. Best kan skrip i buat. Awak suka? Kalau awak suka, saya lagi teruja!
Ok fine yang tu skrip Adam Hawa episod 39. Gelak guling-guling i tengok.
Okay next.
Ada jugak yang suggest pegi la keje overseas mek oiiii. Apply job kat sana. Contohnya Indonesia tu ha bukan jauh sangat pun, raya boleh balik lawat mak bapak. Dekat je Indonesia dengan Malaysia, jangan jadi manja sangat la sayang tinggal parents konon.

Yes, kerja kat luar is one of the ways to unfreeze ATPL but the problem is, dierang kena bayar guna duit sendiri untuk type rating sesuatu aircraft. Type rating ni sesi simulator on certain aircraft and of course para pilot ni kena pilih aircraft yang beratnya above 5,700 kg like i said before. Maybe boeing, airbus, ATR and it costs RM 100k -180k kalau nak tanggung sendiri. Kepada yang kaya-kaya tu ada je yang chose that decision and they got the job. Semua tu pulak harus dibuat menerusi agent. Yang ni ada risiko kalau silap pilih agent habis pulak duit kena tipu.

So yeah, it's all about money guys.



Oh i know memang banyak lagi orang lain yang tengah menganggur, but this is a big issue now in Malaysia. That's why i really feel like talking about it. Beribu pilot datang KLIA untuk interview dengan Malindo, even datang dari Sabah and Sarawak. Pukul 6 pagi da terpacak kat KLIA, tapi tak diberi peluang interview pun sebab ramai sangat. Cekidaut here

JAA diperkenalkan tahun 2009, and dengar kata ramai yang fail sejak berkenalan dengan JAA ni. 
Not your cinta pandang pertama guys? 
Dulu ada regulation kata, maximum attempt is 4 sitting untuk each subject paper and tempoh masa setahun je untuk pass that subject dari tarikh pertama dia amik paper subject tu. For example kalau u amik Metrology bulan 3 tahun 2011, u kena habiskan before bulan 3 tahun 2012 dengan syarat 4 kali peluang sahaja. Kalau tak, kena repeat balik semua paper. Berapa ribu pulak tu?
AND 
Kalau seseorang cadet tak abiskan semua paper dalam masa 2 tahun after his commencement date which is hari pertama daftar as cadet pilot, dia kena repeat suma paper. Dulu masa Civil Aviation Authorities (CAA) punya zaman, tak ramai sangat yang flung sebab macam senang nak pass. Cadet pilot la kata, i cuma ulang suara. I tau exam medic je. Teheee.

So i faham la kut dierang risau. Duit duit duit.



This is what happened in KLIA dua hari lepas if u don't know.
Beribu hati penuh dengan harapan pegi interview Malindo.
It is a big issue now.
Credit: The Star
Pool of pilots waiting for interview. Bukan pilot je ni, aircraft engineer, cabin crew semua ada jugak tahu. Mengalahkan rombongan Pak Danial Kreik nak gi haji bersama teman sekampung. Ceh tiara nama tak nak urban pulak kan, Pak Sameon sudah.
Credit: Lisha Sahar


So gitulah cerita dia.
Pilot perempuan pun ada je kat flying school tu. Malaysia Airlines tak amik pilot perempuan kerja ngan dierang tau tau. Currently MAS ada 4 female pilots je tu pun sebab ambik from FireFly after FireFly close their 737 operations. So after 4 orang ni keluar, MAS tak amik female pilot dah. 
Ha tengok, pressure jugak cadet perempuan yang cari job ni dah tertutup satu option.



Maka dengan itu, public out there maybe boleh faham perasaan dierang semua ni.
Seriously it's all about money.
Tapi, kalau u guys ada peluang untuk jadi flying instructor ke, crop duster, flying club whatsoever grab jelah buat sementara. Iye memang tak glamour and memangla cakap je senang but think about it, u still can earn money. 
Oh ye Tiara? LOL Tiara, it's not that easy. 

They still need around RM 5k-6k untuk jadi flying dutchmaaaan okay tak itu hantu dalam cerita Spongebob. They need to do aircraft conversion dulu. 

Ish susah jugak nak bunuh ulat bayam ni kena bayar beribu-ribu pulak. 
So again, DUIT lagi sekali, bukan sebab tak glamour semata-mata. Dierang kena invest dulu, burn that 5k-6k. Tapi takpelah dari duk kat umah tak buat ape. Biar sempit duit dulu, dapat gaji kemudian. Senyum sikit pilot!

What u do is sambil kerja sambil apply to airlines, jangan sambil apply sambil duduk rumah tak buat apa-apa. Orang nak kerja ni at least u look for experience kan sebab kalau duduk umah, ilmu terbang yang belajar kat flying school selama ni pi mana? 


Adam Mukhriz kau tak wujud!
Takyah nak sengih sangat.


So, ALL THE BEST to all supermen and superwomen of the sky!
Just don't give up your dreams keep on trying bebeh!
Take a deep breath in and be strong.
Things will get better.
Insyaallah :)

credit: The Star, google, people around me.

P/S: If there is any misleading fact or info being mentioned above, do let me know please. I'm doing medicine i bedah mayat not aircraft :p 

P/S: This entry is written for the sake of changing the public's mindset, yang pikir kenapa pilot memilih kerja. Bukanlah sengaja memilih, it's the money that they have to invest before start kerja tu yang halang dierang in most cases. RM 250k is not a small amount u see?

Hantu Tepung yang Kejam

$
0
0

Oh. My. God. This. Blog. Was. Last. Updated. On. The. Third. Of. November.
It. Has. Been. Five. Weeks. Now. Blog. Ni. Terbiar.
Dah bakpe baca lekat-lekat tu kak Timah, laptop sempot kewww.
Nah sedot tong skuba, oksigen banyak dalam ni. 

Actually i have lots to tell but i have to prioritise other things dulu so i gotta hold it back.

Tapi sekarang semua macam da settle!


Eksyen Kamen is back!
Ini gambar raya haji aritu alaaa biarla posing gitu sekali sekala bukan selalu.
Once in a sailormoon je.

Ok ni actually bukan proper update sangat pun i just wanna let u know where have i been selama 5 minggu ni! Ah tak tanya pun nak kabo jugak.


Antara sebab jejak joe benjol tak dapat dikesan selama 5 minggu adalah kerana..
Beliau bertapa kat dapur! 
Ommmmg tak tau la hantu Irish mana rasuk i suruh buat dessert je.
Mungkin Hantu Caramel nama dia, omputih panggil Caramel Ghost. Ermm ermmm macam sedap.
Sukahati tiagha cipta hantu baru, toyol gatal nak ngorat la tu awek baru. Ah pegi pakai baju dulu.
Tapi serious i macam nak baking je, buat pastry, tart, maka tercipta album ini.

Betapa kroniknye Hantu Tepung pun rasuk jugak ni tahu. Oh nama omputih dia Ghost Flour.
Pada suatu malam yang sepipipipi ada suara memanggil diri inininininini. Pahtu i pun turun dapur terus nak baking macam kena pukau gitu. Cewahh tiara tak over tak boleh. Pastu i pun dengan senang hati lalalala jela nak bukak kabinet atas tu nak amik tepung...namun begitu.....

tiba-tiba.....


tanpa diduga.......



Kababooom! Boom baaaang kebaboookabooomm! Peww pewww! Kabooooommmmm!
Peiuuuuuuuuuu boooooommmmmm! Peeiiiuuuu kaaboommm!
(Peiuuu tu bunyi peluru tau. Semangat tiagha bagitau)
K.
Boleh pulak Ghost Flour tu nak gurau kasar dengan i. Nak main paintball kat dapur pun agak-agak la. Cobaan haiiiiii mambang tanah mambang mozek coklat mambang kettle merah mambang periuk nasi mambang kabinet mambang kau bergurau hai mambang cobaaaaaaaaan.


Tu nampak tak kat sebelah kanan atas lantai tu macam bersih takde tepung?
Ye, sebab i terpacak kejung terkesima kat situ. Satu badan kena tepung macam mat salleh albino.
Dalam hati berdoa jangan la housemates turun dapur time cenggini.....kepala i ni dah macam kuih tepung gomak yang ada mata, terkelip kelip gitu gaya...i tak tau nak jawab ape konpem dierang gelak punye.....kalaulah takdir menentukan dierang masuk dapur tetiba...yang i mampu buat hanyalah....


Sengih ngeh ngeh ngeh.........
Weh tak lawak okeh housemates, takleh napas ni tepung dalam idong.
Kalau sesak napas nanti sape nak lap lantai dapur ni. Rambut habis putih macam ni kalau tetiba mak skype nanti dia ingat doraemon suluh lampu penuaan di bumi ireland cemana. Tua sangat beruban cenggini, tolongla housemates ini serious okeh ini serious. 

Namun begitu dahku tidak berputus asa. Dengan hati yang cekal dahku bersihkan semuanya pastu dengan jiwa yang membara dahku tetap membaking tanpa mengenal erti perih jering ah jering pon boleh.

Tadaaaaaa~

Tadadadam tadaaaaa~

Dadadadamdam hajiii~

HUAHAHAHA sape yang tengah lapar sila telan laptop sekarang. Ha telan! telan! cabut huruf kat keyboard tu ha kunyah kunyaaah! 
Ahhhhh i selalu cenggini tau. Nak bagitau i lagi semangat baking dari blogging je sebenarnya, sebab tu blog terbiar sebulan lebih. Tapi i ni mesti nak terdrama mat salleh albino la hantu tepung laaaa. Sobs cemana ni.

Okay next.
I macam busy kena buat beberapa projek aka assignment so takleh update belog.
Eh nak tau tak, i ingat i boleh escape numbers bila buat medik tau.
Sekaliiiiiii.....

Jokes on me. Kero mata kejak.

Tapi semua projek dah submit dah so yeaaay!
Okay, sikit pulak i cerita pasal ni daripada kisah tepung tadi. Takde merepek kerepek. Impressive.

Next.

Jariku cedera parah sobs.
Cemana nak type entry kalau jari cenggini.


Ini namanya Fair and Lovely overdose. Boleh pulak kat hujung jari sahaja.
Bagus produk ni cepat cerahkan kulit, baru je cuit cream tu nak sapu kat muka ni tetiba terus putih cenggini homaigaaaad. Baru colek sikit je tu. Tak colek banyak lagi tu. Secoit je padehal. Homaigaad!
Ok tak.
Actually i dengan kawan i practice untuk performance. Main gitar memang ini makan dia.
Bila da lama tak main hujung jari jadi lembut balik pehtu kena go through the pain all over again pestu dia menggelupas. Tapi bila dia da jadi keras ok jela tak rasa ape bila tekan tali gitar. Fuhh time tu best gler main gitar boleh tekan tali kuat-kuat tak sakit laluuuu~

Tapi gitar yang ni macam ada mambang sikit. Dia macam over keras sikit tali dia. Waahhh dandan je tiara mambang teros. Asal menda keras sikit berhantu. Tempat keras dengan gitar keras tak sama okeh.

First few stages. Selalunya jadi line gitu je. 
Entah mambang mana la buat dia bengkak cenggitu sobs.
Cepat semua amik tisu kita menangis bersama.

Tapi everything paid off we had fun performing. I pun memang dah rindu sangat with my babies back in malaysia. Homaigaaaaaad tiara ada anaaaak! Drama lagi, biasa kite.
My babies kat malaysia tu gitar kesayangan i dengan vespa hitam yang mati kat traffic light tu.
Nak angkut vespa bawak gi ireland memey tak lah. Kejung haku atas vespa sejuk sangat kat sini. Bawak vespa berangin gitu gugur telinga jap lagi beku sangat.

Oh this is the video of our performance. Cuak jugak perform depan lecturers semua, siap pengarah MARA Ireland ada. Kalau salah main gitar tak pepasal beliau kurangkan biasiswa bulanan habislah i kena kunyah kertas je sebagai makanan ruji. Cicah liquid paper jangan dilupa.





p/s: Sorry Ain, kak Tiara didn't "look here" when u called. Lain kali cakap bahasa melayu la baru kak Tiara paham. Ish baru makan salad semangkuk terus hilang lidah budu dan belacan. 

Lidah Irish! Bertukaaaar! Khuhihokhokhok! *effect bunyi Transformers*


Tiara jiran Pak Latip.

This is a Farewell Dinner, ada dalam 6 performances and we were the last to go. Semua medical students yang perform. Siap menari Oppa Gangnam kau jangan main-main. Kalau la Psy tengok mau psycho beliau berbuih mulut atas kuda. The gangnam dancers are those at the end of this video. 


Ish i rasa i kena stop la nanti i berdrama lagi.
Tengokla entry ni padehal nak bagitau jarang lepak sini sebab baking, buat assignment, main gitar. 
Tu je cerita dia.
Ok i update balik la eh.

Oh. My. God. Last. Updated. Was. On. The. Third. November.
It. Has. Been. Five. Weeks. Now. Blog. Ni. Terbiar.

I tak update blog sebab baking, busy dengan assignment, tests, anatomy oral test, practice untuk performance as well as kena cari masa untuk study in between that time and few other things.

Sekian terima kasih.

p/s: Yeay semua dah settle sekarang, i only need to study. So......bila tepu sangat i might lepak sini?

i dont know ade orang lawat blog ni lagi ke tak after sebulan lebih terbiar hahah. Anybody still wanna hang out with me kat blog drama ni?



Cinta seorang bibik terhadap harimaunya

$
0
0
Saya ada bibik.
Tapi bibik saya dah lari ikot boipreng.
Sehingga kini jejak bibik masih diselubungi misteri.
Saya sedih. Saya juga rindu.

Woha intro macam cerpen yang mengundang air mata pandanganku berkaca.
Tajuk cerpen: Bibik Please Kembali Ke Pangkuanku.

Sebenarnya i nak cerita pasal bibik i je ni.
Mungkin bibik ada baca mentera sehijau padi dari indon. Mentera tu boleh buat orang rindu kat kite tau. Dear bibik, mentera mu berkesan u just crossed my mind.

Sebenarnya dah sampai kat perenggan ni pun i tak tau nak cerita ape pasal bibik i hahah. Tajuk entry pun kosong lagi. I memang cenggini sikit takde draft main type ikut suke. Kenkadang bila i baca balik i pun tak paham ape i tulis, sampah gila blog ni oih!
Okay jap i pikir. Ala maleh pikir i type jela kite tengok ape jadi.

On my mark. Get set go.

I ade rumah tau. Pastu kat rumah i ade la beberapa shower room. Pastu ade satu shower room ni jenis boleh dikunci dari luar. Motip ada kunci tak dapat dikenal pasti tapi kami adik-beradik telah mensalah gunakannya. Hamboi grammar melayu kau Tiara, mensalah gunakannya pun.
By the way, ini adalah shower room yang i maksudkan tu.Click here.

Fungsi kunci:
1) Balas dendam
2) Nak mandi cepat
3) Sengaja cari pasal

Kalau sesiapa gaduh atau cari pasal memang silap besar la pegi mandi kat shower room tu kerana anda akan dikunci. Ini untuk kes pertama bertajuk 'Balas Dendam'
Jerit lah, merayu lah macam mana pun anda cuma akan digelak pintu takkan terbukak.
Rayuan pula akan disertai jeritan selingan.
"Wuhuuuu padan muke! Sape suruh cari pasal tadi!" Keadaan menjadi lebih teruk jikalau mak dan bapak takde kat umah, bertapa la kau dalam tu sampai mak bapak balik memang sempat kering.

Kes kedua, 'Nak Mandi Cepat'
Kalau mandi tengah malam, pastu mandi lama sangat memang wajiblah Ajim selaku abang besar tutup lampu. Mandi lah kau dalam gelap nak cari sabun tercocok mata dengan moncong harpic. Serious tension terus nak keluar cepat. Nak pegi bukak lampu, pintu pulak kunci dari luar. Kejam oih mengalahkan nazi si misai kontot. Paling kesian kat Ecah si penakut. Adik bongsu kan biasa la kecik lagi. Si Ajim ni pulak selamba yadayada dia gi tutup lampu pahtu buat bunyi hantu.
Ecah wajibulghunnah nangis.
"Abang tolongla janganla buat bunyi hantu bang! Bukak la lampu bang!" rayu Ecah sambil menangis.
"Kalau takut, keluar cepat, abang nak mandi" kata Ajim pula dengan nada bangga.

Maka Ecah pun keluar lah dengan awan nano di atas kepala. Awan tu shampoo la tak sempat bilas. Sambil keluar bilik air ecah nyanyi.

Beginilah awan nano~~nano~~ sentiasa ada di kepalaku~
tak sempat bilas bila abang tutup lampu~

Nyanyi si Ecah sambil senyum paksa depan abang. Bila Ajim da tutup pintu bilik air je....

"Tengokla abang ada anak nanti Ecah balas dendam"
Kata Ecah di dalam hati. 

Namun begitu, Ajim terdengar pulak dah pastu Ajim pun bukak pintu. Ecah sambung nyanyi balik.

Beginilah awan nano~~nano~~ sentiasa ada di kepalaku~
tak sempat bilas bila abang tutup lampu~
Dan begitulah seterusnya.


Pada suatu hari Ajim pulang ke rumah. Sekarang kita masuk kes ketiga iaitu kes 'Sengaja Cari Pasal' ye tuan puan. Tatakala Ajim berjalan melintasi shower room beliau terdengar bunyi seperti orang tengah mandi. Macam biasa dia kunci pintu lepas tu naik bilik dia.

Tiba-tiba....

"Tolong! Tolong aku! Aku dikuncinin. Ngapain ngak bisa bukak pintunya. Aku mau keluar apa salah aku diperlakuin segini!"

I yang tengah syok depan tv layan spongebob tiba-tiba terkesima. Tengah baring terus terduduk.


Apakah?

Apa yang sedang berlaku ni? Bakpe pulak spongebob cakap indon ni? Sejak bila? Patrick yang lembab tu cepat pulak belajar bahasa indon. Tapi dierang tengah tangkap obor-obor kenapa pulak jerit pasal pintu ni. Ah sudah tv ni da kena rasuk ngan hantu indon ni. Ni konpem sundelbolong ni. Atau mungkin juga hantu penyet pewaris restoran ayam penyet.

Sambil i bermonolog dalaman, suara itu masih berterusan kedengaran.

"Bantuin aku dong! Bantuinnn! Pintunya ngak bisa dibuka! Mengapa! Mengapain aku dikunci dong! Aku ngak berdosanin!" woha sukahati Tiara cipta vocab baru berdosanin ewah ewah.

Tetiba i ternampak Nana gelak tapi takde bunyi, style gelak jenis tahan tutup mulut.
I suspen dah.

Rupa-rupanya....

Ajim. Kunci. Bibik. Dalam. Bilik. Air.

Sengal Ajim dia ingat Ecah yang tengah mandi. Mujur la ada orang kat rumah.
Kalau takde habisla bibik keluar ikut tingkap toilet. Jiran tengok bakpe pulak ayam penyet panjat tingkap ni? Jatuh kang penyet pulak hidung. Bukan setakat penyet je habis patah hidung, patah pipi, patah mata, patah seribuuuu~~ hatikuuu~~ bila mengenangkan~~ hamboi bibik feeling Sheila Hamzah sambil jatuh dari tingkap siap tangan kepak-kepak.
Eh? apa kena mengena ayam penyet dengan bibik ni Tiara?
Warganegara sama cuma ayam penyet ade taji di kaki, bibik cuma ade bulu kaki.
Kalau lawan bersabung bibik konpem kalah.

Nasib baik la i ni berhati sedikit mulia. Tapi sempat jugak la gelak beberapa das sebelum bukak pintu.
Kalau ikotkan hati nak je biar terkunci padan muka bibik takleh gayut ngan boipreng.
Sokmo bila dengar bunyi enjin kereta mak i balik, gelepor bibik terus henpon bertukar jadi penyapu.
Gempak kau bibik punya henpon species Transformers.
Kadang kala bertukar jadi span basuh pinggan.
Bibik konpem perasan Megan Fox dah time tu, holoh jadi Bawang Putih sudahla bik untung-untungsi peri cantik tolong bila nenek tatap mata sayaaaaa buli. "Tatap mata sayaaa! tatap mata sayaaa!" Cinggggg~~~ ( ini bunyi laser keluar dari mata nenek)

Nama asal: Bumblebee.
Nama versi indonesia: Nama Gue Si Kuning Tahu Ngak Sih~


Bagi bibik, kiterang semua ni Megatron la geng jahat sikit nak pisahkan dia dan AllSpark. Oh AllSpark tu boipren beliau. She gotta hold that AllSpark so that she can rebuild her kingdom Cybertron with the boyfriend and end the war between us.
Hamboi Tiara analogi taknak kalah.

By the way this is the boipren. I kenal boipren dia ni, belajar kat Dublin buat medic.
Trinity College Dublin kau jangan main-main.


"Aku lah boipreng Megan Pox si bibik Tiara!"
*pose gaya ireland next top model*

Pakaian yang beliau pakai ini adalah onesie atau all-in-one pyjamas dikenali juga sebagai baju-tido-sarung-je-terus-aku-malas-cari-seluar-dan-baju.
Mengapa bibik boleh terpikat kepada dia? Sebab dia rajin. 

Contoh: 
Harimau baru siap basuh baju Tarzan. Bukan basuh je siap lipat lagi.
Tiap pagi pulak buat breakpes cucur belalang untuk Tarzan.
Ha nampak tak permainan dia kat situ? 
Pandai ni ambik hati bibik sebab perempuan suka lelaki rajin cenggini.

Beliau juga seorang harimau yang beriman.
"Sedangkan binatang sujud kepada Allah apatah lagi kita manusia" kata Encik Mau kita.

"Ya Allah kau temukan lah aku dengan jodoh yang diredhoi-Mu"

Okay sekarang semua perempuan sila add pesbuk beliau dan rampas beliau dari bibik!
Click sini i paksa ni!

"Dasar megatron bajingan loh! Shiapa pun ngak bisa rampasin dia dari tangan gue termasuk blog reader loh!" pehhh gittuw je bibik jerit kat i dalam skype.
"Rampasin rampasin! Gi makan ikan masin ah bik!" pheww gittuw je Tiara balas balik.


Ah! dah dah dah sudah Tiara sudaaah.
Hahah sebenarnya i da seminggu start tido kat lantai, tido pun 3-4 jam je.
Entry ni macam ada daun ketum sikit sebab seghabuk study, seghabuk homesick. Exam lagi sebulan tapi rasa macam minggu depan. Over tau homesick sampai bibik pun kau teringat siap buat entry. By the way, i can actually speak fluent indo accent tau dan di kesempatan ini i nak ucapkan terima kasih kepada bibik jasamu ku kunang-kunang.

Oh lagi satu, this will be my last entry sampai la i habis exam nanti. Tak dapek la nak lepak sini sebab dah kena start ikat bendera jepun kat dahi, tiap hari kena pulun study. Kamikaze bebeh.

Matahari terbit di dahiku setiap masa. Memey tak dapek tido la cerita dia, silau kot.
Study study study. 

Di sini juga saya ingin menyeru semua rakyat malaysia agar tadah tangan sekarang jugak dan doakan kejayaan kami pelajar RCSI nak exam. Semoga semua rakan berjaya lah ye dalam mengharungi liku exam kehidupan dan semoga cinta bibik terhadap harimaunya berkekalan. *tetibe*


"Bibik gue kangan banget sama kamu!" jerit Tiara penuh kasih sayang.
"Ahhh pegi makan ikan masin aja loh!" balas bibik sambil buat hidung penyet.

"K."


Bapak saya comel edisi kedua

$
0
0

Hamboi siap ada edisi. Kalah buku anak-anak sidek raket boleh bercakap.
Okay sekarang semua diam anak Jawawin pulak nak cakap.
Eh bukan, it's Jaludin. Jaludin yang comel.
Omg intro pun dah mengundang lemparan senduk daripada bapak.
Pak jangan marah pak kite memang ada darah jawa sikit kan.
Lek pak, lek lu, cium kepala ular senduk lu, letak senduk tu kat lantai jangan baling pak.


"Okay this time bapak letak, sekali lagi panggil Jawawin bapak tetak"

Maka sidang dewan sekalian, sekarang mari lah kita bersila pula, buat bulatan lalu serta merta berdoa semoga bapak i tak baca entry ni. Kerjasama anda amat dihargai. By the way, edisi pertama boleh baca kat sini.

Memandangkan edisi pertama ada gambar kuda kepang di New Zealand, edisi kedua haruslah posing yang sama juga namun kali ini di negara lain pula. International tahu posing beliau ni. I nak isytiharkan posing ini sebagai posing rasmi bapak i. We call it 'Bapak Kepang Style' shall we?

Omomomo bapak sapa la comel sangat ni posing kuda kepang kat Beijing pulak.
Pakai topi lambang komunis tak menahan tu komunis tengok boleh berdarah hidong ganas sangat posing cenggini.


Ha tengok yang ni pulak. Comel sunggoh menyamar jadi ketam gitu gaya.
Mula-mula i tengok gamba ni pun i tak perasan tau yang mana satu ketam betul.
Tengok tu cangkuk dua jari tu serious takleh nak beza. I tahu u pun tengah kerut dahi bertanya dalam hati sejak bila ketam pakai tali pinggang ni?

Homaigaaad mati haku bapak baca menyamar jadi ketam. Dahla main ambik je gamba tak bagitau.
Diharap semua teruskan berdoa dalam bulatan.

Ayah i merupakan seorang cikgu. Bila dah jadi cikgu kerja beliau adalah?
Mengajar.
Pandai ye semua, tak type lagi dah boleh jawab.
Beliau mengajar di sekolah menengah dan subjek yang di ajarinya adalah?


Subjek paranormal.

Sukahati bapak i pegi lukis gambar toyol cenggitu kat whiteboard. I tak tau la ni dia tengah ajar subjek apa, matematik mungkin. Selalu kan soalan maths akan tanya, find x.


Ah yang ni cliche!


Soalan yang bapak i bagi adalah lebih advance. Toyol curi x so now everybody please find x. Sopan sangat toyol bapak ada spender okeh. Budak sekolah kena censored sikit.

Dan, ironinya bermula di sini.

Bapak i jadi cikgu dah lama bertahun tahun lamanya.
Darah minat mengajar turut mengalir dalam badan i. Dulu pernah dapat offer jadi cikgu lepas SPM.
It was TESL in Newcastle and i was in dilemma tapi terambik medic. Oh the road not taken. Sobs.
Pernahla jugak i jadi cikgu ajar budak sekolah rendah masa i buat IB diploma kat Banting dulu.
It was fun but teaching is not easy. Sini nak bagi contoh ye.

For those yang dah lama baca blog hampeh ni, u know how much my parents love stalking my facebook. The best part is, they always kantoi everytime doing it.

This was previously punya kes. Masa ni, facebook baru tukar layout yang timeline tu.
My dad got confused yang mana satu status box and yang mana satu search box.
Sangatlah kantoi tetibe tiara fazlin tiap hari cenggitu.


Yang ni paling best ni kantoi depan mata masa i balik malaysia dulu.
Kenot go betul parents i ni.


Maka selepas beberapa siri kejadian mencari nama di status, i pun ajarlah bapak i.
"Bapak, yang bapak type tu sebenarnya status box, kalau nak cari pesbuk along bapak type nama along kat kotak search atas tu, atas yang ada gamba lens kat sebelah tu tau bapak"
"Okay long" sambil senyum muka comel :)

I agak yakin menda ni takkan jadi dah sebab i da pesan kat bapak i kan.
Tapi bapak i jenis malas pikir menda yang tak berapa penting.
Because he has lots of other things to prioritise, bayar bill api, bill air, ingat tarikh anniversary pastu beli bunga untuk mak i every year awwh so romantic, lagi main game angry bird on his tab.
Maka dengan itu....it is no surprise when i see these in my newsfeed.
*pasang lagu newboys*
Sejarah  mungkin berulang~~ Walau dahku dah berpesan~~ Oh bapakku~~


3rd January.
"Birthday along ni, kite wajib stalk ni. Nita, ambik speck mata abang"
Kata bapak i kepada emak i.

Masa ni baru je dua hari after birthday mak i. My mum was born on the 1st January, and i pulak 3rd January. Haah betul tu lepas 3 hari mak i lahir, beliau lahirkan i pulak. What a supermom i tell u. My dad bought her a bouquet of roses so i maafkan lah bapak tengah prioritise mak, lalu lupa kepada pesanan i pasal pesbuk status box tu. Tapi tapi tapi.......

There is this one day keluar menda ni kat newsfeed i and i was like bangga gila bapak keturunan jawa! Siap buat status nak bagitau betapa bangga dengan generasi Sudiran!
Not.
Bapak i nak cari group family kiterang kat pesbuk sebenarnya. -.-

I dah berdarah idong dah gelak dari ireland ni comel sangatla bapak ni. I senyum jela depan laptop tetibe rasa nak nangis rindu bapak sobs. I ingat nak diamkan je boleh jugak tahu berapa kali bapak i rindu kat i everytime kantoi buat status Tiara Fazlin. Tapi seriouslah yang ni serious i kenot take it anymore. Serious kenot go punya, i try to go ye sidang dewan sekalian but i kenot go. Rasa nak type entry terus nasib baik exam dah habis.



Search FB guna facebook.
Siap ada orang tanya kenapa fb tu best tu.

Tapi yang ni seriously a forgiven mistake la sebab beliau baru bertukar kepada smartphone, so yang ni baru first time online pakai henpon.  Disebabkan hobi merindui anaknya di perantauaan, first thing first haruslah mencari facebook.
Maka beliau pun cari lah 'FB' dan seperti biasa, tercari kat status box.
Dah terlampau rindu ni sampai tak perasan dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi :'(
I miss u too bapak sobs.
Gempak gila orang cari guna google bapak i ni dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi.
Ha u ade? ada? bapak u ada rindu u camni? takde kan? ha? ha?

Disebabkan terharu bapak dapat henpon baru terus cari pesbuk along, maka i dengan penuh kasih sayang pesan lagi sekali.


"Okay long"



Lets see 'okay long' tu boleh bertahan berapa lama.
Jangan nanti keluar status...
'Apakah cara paling afdhol untuk bunuh oink oink dalam game angry bird'
'Petua bini sayang lebih kepada saya'
Yang tu memang berguling sampai ke dapur la i gelak. Sumpah comel. Bapak, yang tu search kat google ye pak, nak suruh toyol bapak carikan pun boleh. Lukis toyol spender tu kat dinding rumah pastu tanya dia, kalau dia baik insyaallah dia jawabkan. Along rasa search engine toyol lagi bagus dari status box bapak tu. Untung-untung toyol hulur seploh hengget kan murah rezeki. Dia pun memang expert bab curi duit haruslah kaya toyol ni, tengok spender dia Victoria Secret jangan main main.

Aaaaa mati la bapak baca ni. Kamikaze habis entry ni. Kena doa diri sendiri selamat.
So sebelum i undur diri solat hajat dua kali, i nak tanya la sikik.
Henpon sapa je mampu guna pesbuk sebagai search engine?
U punya takleh kan? Bapak i je boleh tahu. Ini sangat rare, cuma berlaku bila terlampau rindu.
Maka saya menyeru lah ye agar semua beli lah smartphone paling latest ini untuk mengetahui betapa bapamu merindui dirimu. It is called....

iBapak.


UPDATE:
Omg my dad can actually predict the future! click here everybadeh! :o



Checkmate.

Daun kesum ibarat harimau berkepala rusa

$
0
0

Yahampoon amenda entah tajuk i bagi.
I malas nak pikir ni, i cuma nak describe daun kesum adalah agak rare di bumi Ireland ini.
Sama lah seperti harimau berkepala rusa. Takde kena mengena eh?
Kalau i tukar kepada kucing bertanduk seploh? Okay?

Long story short. I was on holiday last week, tetiba mengidam ke Laksa Penang.
Tahap mengidam kalah mak mengandung kembar lapanplohlapan. Hamboi boleh meletop perut.
Ini serious.
Memandangkan diri ini tak duduk kat malaysia, maka haruslah masak sendiri kalau mengidam cenggini. Kalau ada laki boleh jugak nak mengada.

"Abang, kalau nak anak hemseng kan, abang kena masak laksa penang tau? Kalau abang tak masak, bila anak lahir je muka dia macam ikan kuah laksa tu? Ha camne bang? Mulut dia bukak tutup bukak tutup macam ikan cari oksigen tu ha ada jugak iras ikan sepat sikit tapi kalau pempuan mungkin iras ikan cermin macam girly sikit gitu tapi kalau ikan laga okay gak bang warna warni dua singgit camtu comel bang ikan jaws ekor lapan satu singgit mahal sikitla dari ikan laga tadi bla bla bla bla"

"Fine fineee okay fine abang masak......"

"Omagaaad serious abang nak masak betul?!
Ni saya pacak lilin terus ni! Kita candle light dinner seminggu empatploh malam!
Anak abang ah paling hemseng sekali iras ikan gupi sikit pun takde bang! Ikan flower horn pun terjun KB Mall jeles dengan anak abang! Little mermaid suruh spongebob datang merisik si Squidward pegang semua dulang hantaran sebab tangan dia banyak bang!"

Jangan la over cenggitu, kemek hati abang. Tau la aritu abang buat maggi goreng gi letak air jadi kuah. Tawor hebey maggi abang. Nak buat kek batik terletak kain pelikat pulak.

Okay bang tak over cuma overexcited je omagaad. Like seriously xoxo.

Okay Tiara okay back to your main topic daun kesum.

Laksa penang was indeed a mission. Gigih dan sangat berkibar semangat nak buat.
Kobar kibar sama jela janganla kerut dahi cenggitu kang cepat tua.

Siap gamble okay jangan main-main.
Daun kalsom? Shadaaap youuu i darah irish sejak lahir
 panggil kalsom bukan kesom. Hahah -.-

Memang berjaya masak pun in the end it doesn't even matter i had to fall to lose it all ha tengok Linkin Park pun suka laksa penang ni. I type semula eh. Memang berjaya masak pun in the end tu tapi, halangan dan rintangan yang diharungi agak berliku lekuk.

Pertama, mana i nak cari ikan kembong atau ikan selayang untuk buat kuah laksa? Takkan la i nak pancing penguin pastu tiup perut dia sampai dia kembung pulak. Pastu paksa dia melayangkan diri. Kalau dia degil tanak melayang terbang i ugut cabut insang biar takleh napas. Bila dah kembungkan perut penguin tu, terus mengadap dinding dapur pulak pukau diri sendiri.

"ini ikan kembung Tiara...ini ikan kembong...ini ikan kembong~"

Budak sekolah dilarang baca blog ini. Sukahati letak penguin dalam keluarga ikan mentang-mentang dia berenang dalam air. Konpem fail pendidikan seni, exam suruh lukis ikan konpiden je lukis penguin. Ini cikgu tak bagi gred F untuk Fail, dia bagi gred T.
T untuk Tenuk Tahap Terlampau.

Dugaan kedua, mana nak cari mee laksa penang tu yahampooon. Kalau pakai bihun bekalan mak kasi dari malaysia, memang sangat bukan Laksa Penang nama dia. Terus tukar nama jadi Kurus Keding Penang. Mee laksa tu punya gomok compare dengan bihun kurus halus cenggitu memang lain la cerita dia.

Dugaan ketiga, daun kesum dan bunga kantan. Kalau takda one of them baik kau berenang balik malaysia jela Tiara. Set GPS ke restoran laksa penang terus. Sambil berenang sambil kutip ikan kembong. Takde maknanya laksa penang tanpa hadirnya Puan Kalsom ini.

Sekian saja segala halangan. Sekarang part mencari bahan masak.

I was at home and a friend of mine wanna come over. So i lagi semangat nak masak bila ada geng teman makan. I asked her to buy me daun kesum. Maka bermula lah cyber shopping di whatsapp.

Serious best shopping cenggini, main tengok gambar macam nak beli perabot Courts Mammoth kaedahnya.

And the best part was this.

Bunga kantan yang basah tu?
Bunga kantan yang basah.
Tanpa segan silu terus i nyanyi lagu Poziah Latip sekuat hati dalam bilik. 
Pegang bedak jadi mikropon. Feeling habis.
Aku tidak sudi melihat dia lagi! Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini! Aku rela menjadi teratai yang layu! Daripada mekar di dalamnya tasik madu~~ uuuuu~~ uuu~~~
Bapakla sedap i nyanyi siap ada vibrato gitu. Najwa Latip pun gigit mikropon tengok i.

I don't blame u kawan, bunga teratai memang ada rupa bunga kantan jugak.
Mungkin atok serupa, nenek lain-lain. Dierang cucu tiri.
Ini bunga kantan sebenar, versi kering. Mereka hidup di darat.
Yang basah tinggal kat tasik tu kakak sulung si Bunga Teratai.

Comel much kawan i ni tanya daun, tanya bunga semua. Takut salah beli, risau i kecewa.
Whatever it is, we had fun cooking the other day. Terima kasih kepada kawan i sebab sama gigih jugak mencari daun kesum kat Asia Market. I tahu beliau pun semangat berkibar cari bahan masak. Sambil cari, sambil kibar baju kat dalam kedai tu macam batman, lari sana sini jerit mana daun kesum! mana bunga kantan! woi ini bau macam daun kari! aku nak kesum! kesum! Wah tetiba terbayang pulak macam tak betul pun ada i rasa.

So....

How does Laksa Penang versi oversea look like?

Jeng! 

Jeng!

Jeng!




Laksa Penang Air Mata Bergenang
T__T

You wanna know bertapa bersyukurnya i bila kawan i berjaya beli daun kesum?


Sanggup buat 6 type of desserts untuk beliau sebagai upah okeh. Banana Split, Tiramisu Cake, Pudding Cocktail, Kek Batik, Marble Cake dan juga Eskem Goreng! Memang berkampung kat dapur non stop masak. Kalau dapur ni manusia dia dah call Susilo Bambang bagitau berlaku penderaan hakiki. Naik bot sekali dengan bibik lama i. Oh to add more happiness, plan B which is Nasi Minyak pun i masak jugak on the next day sebab kawan i tu overnight kat rumah i. Yeay!

Nasi Minyak Lada Merah Buat Gimnastik

We were happy kids on that day. Happy meal mengubati rasa homesick.
I seriously love holiday so so much :)
Kepada yang nak resepi boleh click kat sini. Haha kamikaze je i buat resepi sendiri.
Cuti sudah habis anyway. Kena simpan apron, keluarkan stethoscope.
Boleh la sape-sape nak post makanan kat rumah i pulak. Everyday masak ala kadar je bila sekolah sobs. Oh by the way, lebihan daun kesum ada lagi dalam fridge. I might cook Asam Pedas Penguin?
Anyone? Nak join sekali?

*sambung makan maggi*

Pokok Sena kamikaze dalam mangkuk

$
0
0
Housemate bermaksud penunggu rumah.

Tiara awal-awal intro dah nak jadi mak pin sesatkan orang.
Housemates merupakan peneman rumah, kawan serumah.
Seperti orang lain, saya juga mempunyai kawan. Hidup di perantauan haruslah ada kawan.
Walaupun kawan serumah saya bukanlah minah salleh tapi saya tetap bangga. Sebab?
Saya tak rasa rendah diri langsung kerana hidung kami kepek bersama-sama. Bila bangun pagi saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama kepek. Oh indahnya dunia. Bila di meja makan saya tengok dia, dia tengok saya hidung kami masih kepek bersama. Oh bahagianya saya rasa.

Dublin, Ireland.
I never thought of coming here. Mula-mula sampai dulu agak blur dan rasa asing.
My life in Dublin bermula dengan 6 orang housemates. Ini bukan geng '6 Jahanam' okeh itu tajuk filem. Kiterang adalah '6 Tak Jahanam Juga Tak Pandai Berenang' gila tak komersial nama cenggitu.
We rent a house together. Susah senang, blur, sesat sama-sama. I still remember the first day masuk rumah baru, i cooked Ayam Tomato makan dengan salad and nasi putih. Baru masuk rumah tak banyak barang sangat, i just cooked whatever we had at that time. Dahla sos tomato brand tak familiar. Bedal jela kang tak pepasal bertukar jadi Irish pulak bila tak makan nasi sehari.

Irish girl! Berrrtukar! Khuhihohohok! *effect bunyi Transformers*


Yes, i still have the picture dear housemates.
Our first dish :)


Dalam tupperware tu tempe sambal kering mak kasi bekal dari Malaysia.
Mak i takut i culture shock sebenarnya ni. So everytime i makan tempe sambil pegang idung konpem sedar diri balik. It's like rasakan kuasa! Tamparan wanita! Gittu je Elite menyampuk.

Long story short. I went to their place the other day sebab rindu. Hahah. They asked me to come for lunch. I tanya la korang nak order anything from me tak? Laju je sebut Tiramisu Cake hamboi order macam i ni Doraemon je.
*seluk poket*
"Mesin Pembuat Kek Ikut Sukahati Nak Kek Apa Pastu Bila Makan Kek Takkan Pernah Habis!"
Wah panjang benor nama alat, Doraemon pun semput nak jerit doblas harakat gitu gaya.


Tak menahan dierang pegi decorate Tiramisu Cake i ni dengan chocolate syrup.
Siap calit kat pinggan. Boleh menangis chef 5 star hotel tengok ni.

Resepi kelik kat sini. Sukahati i modify resepi sendiri.
Memandangkan dierang order dessert so i pun cakap. Masak spaghetti special masa kita mula-mula sampai Dublin dulu puhlissssss~

Masa i datang umah dierang yang ada cuma 2 orang ni je. Yang lain duk umah lain and ada yang gi London. Ada yang duk city ada yang duk kawasan perumahan. Dah bakpe banyak sangat ada nye tersedak Adawiyah tengah makan.
Identiti harus dirahsiakan okay so i panggil sorang ni Latipah, sorang lagi AR. Rahimah.

Now u wonder what is that special spaghetti?
Here goes the flashback scene :p


Queen Latipah.

Latipah ni rapat dengan i masa satu rumah dulu. Beli groceries sama, balik sekolah sama.
Kalau waktu dinner dia memang tak boleh makan semeja dengan i, sebab mostly apa yang i cakap akan membuatkan dia tersembur. She is easily amused. Lawak sikit je pun gelak separuh nyawa.

Rahimah pun rapat dengan i jugak. Tapi Rahimah ni berdisiplin i tell u. Kalau ada askar jadi housemate kiterang memang meratap askar tu peluk tiang tangga. Beliau akan menangis tersedu-sedu melihat kekentalan disiplin Rahimah ni.

Kiterang yang duk oversea ni mostly ada jadual untuk masak. So we take turn to cook. Boleh menggigil tahu kalau tak dapat nasi sehari so memang kena masak everyday. Kat Ireland ni kentang adalah 'nasi' bagi dierang. Makanan ruji gitu. Tak kuasa la ahkak nak feeling baby makan kentang lenyek zaman gigi dua batang dulu boleh la.

Kiterang juga ada masak bekal untuk lunch. Dinner wajib nasik, lunch jela flexible.
There was this one day tu turn Latipah buat bekal tau, she cooked us spaghetti.
Bilamana i makan spaghetti itu terus i pegang kepala cenggini lalu berfikir.

"Eh aku ada kat Ireland ke India ni?"


"Oh my gucci my prada dalam spaghetti ada serbuk kari!"

Hamekau lauk kacukan mat salleh dan india. Serious itu first time i makan spaghetti ada rasa kari.
Sedap jugak rasa dia sangat unik. Before this i selalu masak spaghetti bolognese or carbonara tu je.

Tiba pula time dinner dia masak tom yam. I pun hirupla kuah tomyam dengan syahdunya tetiba terus posing camni kat meja makan.

"Cepat pulak aku terbang ke Thailand semalam kat Ireland lagi"

"Ouyeaah dalam tomyam pun ada kari"
Lek lu, sap kok lu.
Tengkorak takde bibir cemana nak sap kok lu. Jeles la tu pandang kite cenggitu.

Ahah lauk Thailand tu pun beliau kacuk dengan unsur India. Memang hemseng la anak puan Tom Yam ni nanti i yakin sungguh, hidung mancung bak seudang dua tiga ekor udang, bukan bak seludang da okeh. Kacuk dengan Shah Rukh Khan jangan main-main.

Problem?

Serious bila sampai turn dia masak tu memang epic i tell u. Suspen je nak rasa menu baru.
Lagu ni macam otomatik la bergema dalam otak i. Berdegup jantung ku~~ bila ku dengar nama kari ah! ah! Berdebarnya hati~~ kari ku datang lagi ah! ah!
Ha tengok Amelina dangdut pun sama suspen dengan i.
Tapi itulah, ingredient wajib adalah kari.
Pendek kata serbuk kari takda dia takleh masak.
Panjang pula kata serbuk kari adalah segalanya.

Dan begitulah hari-hari yang seterusnya cakap je lauk apa serbuk kari haros dicampak sekali. Ada one time tu i buat pasal sorok serbuk kari dia, gelabah gila cari siap ugut tak nak masak. Pahtu kiterang dinner ayam goreng ngan kicap. Terus pulang serbuk kari tobat tak sorok dah. T_T

Ha comel kan kisah spaghetti kari? :)

So thats the spaghetti i ordered! And she cooked that for me.
Cuma mee spaghetti takde la tukar ngan pasta.
It was so good makan sambil terkenang kisah lama, borak macam-macam.
And suddenly tengah syok makan pasta.



"Pokok apa ni kau masak ni? Bukan pokok ni guna untuk buat perabot ke?"

"Oh semalam aku tebang. Itu pokok sena aku rasa.
Jangan banyak cakap makan je, kalau tercekik tutup idong pastu telan secara paksa"



Hahahah we had a good laugh that day.
Comel sangatla potong brokoli cenggitu cepat kenyang kata dia.
Padehal boleh tercekik patploh malam siap asma payah nak napas brokoli lekat kat tekak. Dia saja potong besar cenggitu just to reminiscence the past, the first time she cooked when she got here.

Biasa la first time masak dulu kan, bontot carrot kepala carrot belaka nak campak. Kesian carrot tu mati tak meninggalkan apa-apa. Kamikaze gila satu badan masuk kuali. But now Latipah ni dah pro, i pernah lepak umah dia before balik malaysia dulu, and she cooked ayam merah! sedap menjilat senduk dan kuali sampai tercengang anak pak ali. And and and there was no curry at all even a bit. Tacing kejap makan sambil nangis. Okay sekarang semua lelaki queue untuk buat calon isteri. Dahla suka budak-budak kawan i ni, study bapakla rajinnya sampai tunggang langgang dunia pun buat dunno je. Ha tengok ada genetik rajin tahu.


Here is a shout out to all 6 of u dear ex-housemates.
Thank u for being a part of my life, solat jemaah sama-sama, practice jadi imam untuk solat jemaah tolong kejut subuh hangkut beras sama-sama sampai nak tercabut bahu amboi Tiara hiperbola. Gotong-royong every weekend kemas satu rumah. Thank u sebab tegur bila ada buat salah. Study tulang mayat together kat bilik atas. I can go on forever to thank u guys too bad i don't have enough space here.
Oh well just keep on being awesome and aku akan selalu doa korang semua jadi doktor yang baik akan datang, kita semua la eh. Insyaallah. Amin.
I miss u people.
Wah boleh tahan Tiara tacing okdabai.



Apakah perbezaan antara Tiara dan cicak?

$
0
0
I hate this feeling!

Nak tido rasa guilty, okay sekarang pukul 6 pagi terkebil kebil macam cicak nampak makwe sendiri curang depan mata. Curang dengan cicak kobing pulak tu lagi la terkebil-kebil mata. Gila ape pegi curang dengan cicak kobing takde harta tu setakat rumah celah lemari rumah aku lagi gempak la dalam siling tahu? Siling bangunan tingkat doploh empat lagi. Tinggi darjat tu.
Dah kenapa tetiba kau nak menyelami perasaan cicak pulaknye Tiara.

It's like this.

You don't feel that u have done enough for today. Tak satisfied with what u have done today. Target nak buat nota untuk few lectures pastu target tak kesampaiain weh cemana nak eja ni. Kesampaiian. Kesampaiaan dah bakpe susah sangat. Tak reach pun boleh sila direct translate. Gerang haku mujur pagi tadi dah study group. I buat nota ngan mind map pastu sakit hati and that feeling datang. Its like u halang diri u daripada tido. Pastu masuk pukul 3 pagi buat nota nak ciom buku dah ni. Pastu bila da masuk pukul 4, 5 pagi u have passed that sleepy limit. Mata bulat. Tetiba esok kelas pukul 10 pagi. Tak esok mana la, kejap lagi je. So macam mana ni kena tido kejap. Now ended up takleh tido.

Here I am typing this in my bed dalam gelap T_T

*krik krik krik*

Tolong ah nak tido ni. Dah 6 pagi ni.

Mari kita mengimbau kenangan lama la bosan cenggini. Masa kecik dulu I pernah nak lari dari rumah. Haha. Ok tak lawak ini serious. I pernah terpikir nak bawak diri tido kat surau sebab mak i pernah marah i main pasir. Bapakla tacing nye orang nak main masak nasik kena marah pulak. Sobs. Nasi tak sempat masak lagi, baru je bilas pasir dah kena paksa masuk rumah. Hey nak protes tak reti buat sepanduk lagi masa tu. Baru tadika umur 6 tahun. Huruf b dengan d pon sokmo terbalik. Nak buat sepanduk 'Saya bangkang' nanti jadi 'Saya dangkang' tak pepasal kena gelak dengan mak i pulak hey paneh hati. I batal niat bawak diri sebab kat surau takde tv cemana nak tengok Doraemon. Ha tengok mak, Doraemon ni baik sebenarnya, kalau takde dia mungkin along dah jadi anak angkat bilal kat surau. Over punya imaginasi sampai ke anak angkat padahal tak sempat masak nasi je pun. Malam tu tido mengalir air mata. Baju da bungkus dalam kain batik. Sumpahla tak tipu. Pagi esok simpan balik dalam almari drama queen habis.

Sampai hati mak, orang nak practice masak nasi pun tak kasi. Mak jugak yang kata kalau nak pikat suami pikat perutnya itu. Namun kata-kata mak hanyalah angin yang sempoi berlalu. Mak nak along andartu ke ape mak sobs.


Hey patut korang la bagi I bedtime story buat I tido kenapa pulak I yang nak kena cerita ni.


Tukar cite lain la. Rumah I ni da sebulan mozek kat dinding tu runtuh. Mentol asyik meletop je. Banyak lagi la masalah lain. Ini makan dia bila landlord seorang doktor haiwan. I da call dia dekat seratus patploh kali tapi dia janji tak dicapati. Dia kata nak datang repair ape yang patut tapi habuk hidung pun tak nampak apatah lagi kelemumur beliau semua la tak nampak. Cakap je berapi nak datang pastu kuar asap kelepeh kelepeh macam naga tersedak bijan batuk kuar asap. I should learn bahasa kambing baru dia paham ni.

"mbek mbeek embbeekk beek bek mmmmbek mooo meow?"
Translation: Londlord will u please come and repair the house kalau tak datang i dan housemates akan pindah ke mesjid Dublin! letak baju dalam kain batik belaka wuwuwuwu tolong ah datang landlord nak kena seret kaki ke datang sini ha? ha? ke nak i potong kaki kambing pesakit wad Delima kesayangan u tu. Doktor haiwan busy mengalahkan doktor manusia. Hey paneh paneh. U better come tomorrow or else i will cekik Dolly Si Biri-biri pesakit ICU paru-paru berair tu. Jangan main-main okay landlord, paru-paru berair kalau cekik boleh sempot napas. Kak Dolly ada seekor suami dan 5 anak tahu? Nanti suami Kak Dolly bernama Biri Wayne mati sebab kurang kasih sayang seekor isteri. Sanggup ke landlord tengok anak-anak dierang jadi yatim piatu membesar tanpa bapa mereka Si Biri Wayne the betmeng dan ibu mereka Si Dolly the vogei the vogue. Kes jenayah di kandang juga akan meningkat jika betmeng Biri Wayne ni mati siapa nak jaga Gotkandang City. Hamboi nama. Got so many kandang meh compared to Gotham City?

Ha tengok tengok i termarah landlord pulak. Korang la ni tak nak bagi i bedtime story.

K ah nak tido ah.

I wish there is drug to keep me awake all the time :(

Published with Blogger-droid v2.0.4

Mari pergi ke rumah bibik

$
0
0
Bibik stories have always amused me.
Because they are just so innocence and straight forward takde nak cover cun.
Oh before that.
For your information, i ni paling maximum 7 bulan je boleh jauh dari rumah.
Lepas tu akan mula la meroyan nak balik Malaysia, siap berhalusinasi okeh.
Pernah la sekali pemadam stabilo tu i nampak macam petai, bila kunyah je....


Dah bakpe rasa petai cenggini weh sejak bila petai ni berevolusi aku baru je tak balik malaysia 7 bulan bukannya 7 tahun dinasor pun tak laju gini evolution rate dierang.

Tetiba menitik air mata, Tiara ni bukan petai ni pemadam sobs berhalusinasi rupanya diriku ini.
Ha tengok, tengok, intro pun dah sedih camni cepat semua sediakan tisu seploh kotak.
Homesick is a cruel disease the only cure is kawin. *tetibe*
Ampun mak along gurau je.

Where were we again?
Oh okay bibik story.
I tetiba teringat my other bibik ni, tak pepasal homesick teringat bibik.
Eh ini bukan bibik yang suke gayut dengan boipren tu.
Bibik yang ni dah ada suami so dia bergayut kat pokok jela nak tambah ketinggian.

There was this one day i dengan family nak gi KL. Masa ni bibik tu dah tak keje with my family. Beliau macam dah abis kontrak ke camne entah, tak ingat dah. She always call my parents tanya khabar semua pastu sokmola jemput datang ke rumah dia kat KL. I think masa ni dia keje kat restoran she rent a house la kut and dia ajak kiterang melawat dia gitu.

So before sampai KL, bapak i saje la call bibik tu tanya rumah beliau area mana bolehla kiterang singgah kejap. Boleh jugak bedal stok tempe bibik ataupun paksa dia berlakon jadi Sundelbolong macam best pulak dapat tengok hantu indon secara live.

Maka bapak i pun call la bibik tu nak tanya direction ke rumah dia.

"Hallo bik apa kabar kiterang nak gi KL ni bolehla datang melawat bla bla bla bla rumah bibik ni kat mana boleh kasi alamat bla bla"

Tetiba ekpresi muka bapak i berubah.


*initializing information*
loading........


I pun serta merta bertanya dengan penuh suspennya.
"Kenapa pak? Susah ke nak gi rumah bibik?"

Bibik bagitau bapak camni.

"Bapak masuk KL terus belok kanan. Maju di jalan lurus hingga kelihatan satu tadika.
Rumah bibik di belakang tadika itu aja pak"

Masuk KL terus belok kanan. Masuk KL terus belok kanan. *bergema*

Apa lagi i pun campak GPS bapak i keluar tingkap pahtu sumbat CD raya dalam kereta.

Berjujuuuuran~~ air mata~~~ bila mengenangkan~~
Peta KL~~ ditelapak kaki bibik ku~~




Anakku membawa diri ke lembah sepi

$
0
0
I actually have my sister with me, here in Dublin.
She's been here for a month sukahati beliau melarikan diri dari result SPM.
There are so many stories kalau nak cerita memang tak muat post.
And tetiba harini, Nana dah nak balik Malaysia sobs.
Now i don't have anyone untuk digeletek and WWE if u semellllalalalalalalaalala.
Pastu tetibe terpikir, cemana ni nanti takde geng dah dalam bilik kalau bosan cemana?
Suddenly it hit me.

I have a blog.

And it hit me again.

Birthday blog i dua minggu lepas.
Haha obvious sangat takleh ada anak lagi.
Bangun pagi je baca surat anak i tampal kat peti ais.


"Mama lupa birthday kite, kite bawak diri pegi surau jadi anak angkat bilal lagi bagos.
Tapi setiap kali waktu makan kite balik rumah tau"

                                                                                                           Anakmu yang kemek hati,
                                                                                                                                 Tiara Junior

Habis baca surat je terus i nyanyi lagu bawa aku pergi buku merah jangan lupa bawa moga belum tamat tempoh pacu laju laju jadi anak angkat bilal pon bagos.
It's been 2 years now i have a blog.
Pheww time flies fast.
So this is your second birthday u super crappy blog!
Supposedly on the 1st of April.
Tapi sorry la mama lupa, tak sengaja. Nah birthday kek.




Awak nampak swiper taaaakkkk~~

Disebabkan blog ni dah dua tahun, kek kena matang la sikit. Masa umur setahun dulu otak setaraf spongebob dan patrick je sekarang dah besar pandai la sikit macam Dora heh.

I don't know what else to say, really. Nak cakap terima kasih sebab baca belog, patut ke nak terima kasih bagai blog macam hampas kelapa bagi ayam makan pun dia jeling sambil angkat kening sebelah. Dahla update pun ala kadar. Setahun ada la dalam doploh entry.

Update sekali sebulan gitu ibarat katak segan kucing tidak mahukan ia mejadi bini sukahati buat peribahasa sindiri. Ala kadar melampau ni kak senah pun makan nasi kandar seploh kali sebulan. 

Gitu la Tiara bila adik datang Dublin blog sendiri dianak tirikan kera di hutan dipisangkan.
Hamboi menangis Karam Singh Walia baca peribahasa cenggini terus tukar nama jadi Karam Tak Timbul-timbul. Dah dua minggu berlalu baru sedar birthday blog dahku, tu pun sebab terpikir lepas ni Nana dah balik malaysia siapa nak teman.

I taip ni sambil tunggu Nana siap gi airport. 
So jap lagi i nak bertolak pegi airport.
Maka, sementara kami dalam perjalanan ke airport dah bakpe banyak sangat airport ni, anda semua wajib cakap Happy Birthday kat baby hampeh i ni untuk mengelakkan dia merajuk membawa diri menjadi anak angkat bilal. I busy nak hantar Nana, korang tolong pujuk okeh.

Eh Nana dah siap ni, i nak gi hantar dia. 
I naik motor cepat sikit rempit celah kereta.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tepi! Tepi! Semua ketepi! Kiterang nak cepat ni!








Murid jangan datang awal ke sekolah

$
0
0
Olla eberibadeh i'm just done with the exam.
That explains why this blog dipinggiran melukut di tepi di tepian pinggan meratap kesedihan.
Tetiba sangat peribahasa kau Tiara.
A.Samad Said bace teros tarik ekor kucing.



Dah bakpenya buat gitu ke aku Pak Samad weh? 
Orang tengah gayut ngan makwe ni bincang nama anak minggu depan nak 
nikoh, main tarik-tarik ekor pulak dia.
"Hello dinda, terkejut benar kekanda. Anak kita bagi nama B.Samad Tongkol okay ke?"
"Dinda baru je tengok Iron Man semalam, Nur Ironmanoh rasanya lagi sesuai kekanda"



Ha tengok tengok buat entry takde draft memang camni la kucing la ape jela yang kau merepek ni Tiara. I pun tak tau la nak cakap ape ni main taip je macam kura-kura mabuk takde tujuan hidop.

Oh time exam aritu i stress pastu ade la fikir pasal the road i didn't take, what they could offer.
The road not taken, yes.
There were few other roads given to me right after my SPM result. But i chose to be here in Ireland.
One of the offers i got last time was TESL in the United Kingdom, UK. 
I tak ingat which uni, Newcastle i think, lupa dah. 
Cam best jugak jadi cikgu ni sebenarnya. So harini i nak berangan jadi cikgu.
Call me Teacher Tiara.

When i was in Malaysia back then, i ade la tolong mak i tambah markah students. Masa tu mak dengan ayah i pegi Korea. So before pegi my mum tanda kertas and later i tolong add up the marks.
I ingatkan jadi cikgu ni ajar orang, namun sangkaanku berada di landasan yang salah ibarat Yusof Taiyub nak berbisik iklan kurma kat tv tetiba beliau termenjerit Yussop Taiyoob!!

Sebenarnya student yang ajar kita lebih banyak dari kite ajar dierang.

Adab bereakap.

Bila nak bereakup dengan makwe, haruslah senyum senget ke kiri dan talipon makwe. Senyum je walaupun dalam tepon tak nampak. Ini adab penting dalam bereakup.
"Kita perlu bereakup kerana awak telah curang dengan benggali roti. Saya suka beli roti atas motor tu tapi sekarang saya dah malu nak tahan dia bila dia lalu depan rumah"


"Dah bakpenya beli roti pun nak jeles.
Janganlah kerana saya kamu berdua bereakup.
Roti kismis saya ni sememangnya plastik lickin' good"

Okay tak, budak tu nak tulis adab bercakap sebenarnya tapi huruf c tu pakai subang jenis cangkuk bentuk bulan sabit sebab tu nampak macam e.

Tapi tapi i belajar banyak lagi menda lain selain dari adab bereakup ni tahu?
Siapakah yang biasa melawat ke sekolah?

I serious tak tau lori air ni kira pelawat ke tak? Zaman i sekolah dulu lori Milo dengan Vitagen je datang sekolah. Sekarang ni dah upgrade ke Oligo dan Holik.
Jabatan edis no komen, patut sujud syukur dah ni beliau tak eja Jabatan kudis.

Tapi yang ni adalah upgrade yang paling advance tak pernah terlintas dek akal pikiran.
Sangat impressive.


Lori jual majalah Kuntum i ken go lagi tapi Justin Biber ni i try to go but i kenot go.
Justin Biber yang biasa ditemui di sekolah.
Saya ulang, biasa.
Kau jangan main-main okeh Brons Mas dan Alif Satan juga ada.

Alippp Satan! Alippp Satan! *cakor muka*

Bila baca jawapan ni rasa macam nak kunyah je kertas kenapa! kenapa! kenapa! Brons Mas dan Justin Biber tak pernah datang kat sekolah i pun! *histeria tarik rambot*
Aliff Satar mahupun Alif Aziz juga tak pernah datang apatah lagi Alif Satan, lagi la tak pernah.
Tapi mungkin jugak Brons mas tu adalah boipren bibik yang tolong amik dia balik dari sekolah.
Pakcik dalam indon kan panggil mas. Ataupun Brons ni pilot kerja dengan MAS Airline ke mungkin jugak warga emas terbiar bernama pakcik Brons apa-apa la kau dik hahah. Tapi jangan bagi Alif Satan ambik awak balik sekolah tau. Alif tu dalam jawi macam nombor satu. Mungkin setan mata satu. Seram oih. Satan ni makhluk jahat jangan balik sekolah ngan dia.

Selain itu i juga belajar bahawa menjadi seorang ayah adalah sangat mudah.
Berikan dua tanggungjawab bapa.


Marah.
Tak marah.

Menhamtar ke sekolah.
Mengabil di sekolah.

Senangnye la jadi bapak cenggini. Hamtar je gi sekolah pahtu ambik semula. Marah, tak marah.
Tak marah pun salah satu tanggungjawab okeh.
*pegi Thailand tukar jantina*

Tapi yang ini adalah pengajaran terbaik yang i pernah dengar.
Nyatakan tiga kepentingan diadakan peraturan sekolah.

Jangan datang awal awal kalau duduk sorang sunyi lah...
Takkan tu pun nak kena bagitau pikir logik la! Takkan itu pun cikgu takleh nak pikir! 
Okay kau jangan nak sukahati sangat songkok tambah kopiah sudah.
Ejaan epple tu no komen asal ade bunyi kira betul ah.
*syujud syukur lagi*

Haa kan tu ada benarnya, kalau u datang awal-awal sangat ke sekolah sape je yang ada? Kerusi ngan meja je kan. Sunyi tu. Jawapan memang sangat memenuhi kehendak soalan ni.
Lagi satu jangan tidur dekat sekolah pada malam pagi atau petang. Tengahari je boleh.
Pakguard sekolah jangan sentap ye budak nasihat jangan tido kat sekolah pada waktu malam.
Tak boleh, kenot tau abang jaga. Peraturan sekolah ni. Jaga je pintu pagar tu elok-elok.

Actually banyak sangat nak share boleh berair mata sambil i baca jawapan dierang ni hahah. Comel sangatla bebudak ni. Maka jika ada para ibu dan bapa baca entry ini, diharap ibu bapa semua tolongla check kertas peksa anak masing-masing nanti cikgu Tiara bagi asam masing.

Sekarang pegi lantak la pakcik Brons mas ke, adab bereakup ke, i tak nak ambik tahu.
Yang i paling nak tahu sapa budak dua orang si Izz Qawin dengan Syafiq ni?
I nak bagi fridge magnet Ireland kerana mereka begitu mematuhi peraturan sekolah.


Berikan dua ciri pelajar yang mematuhi peraturan sekolah.
I serious tak tau sejak bila ciri merupakan sejenis manusia.


Izz Qawin dan Syafiq, sila contact cikgu Tiara bulan Jun nanti okay?




Yuhuuu i am still alive!

$
0
0
Hahahahah.

Hai.

I don't know if u guys still remember me or not. Tetiba je hari ni teringat ada blog yang dah dekat 6 bulan terbiar. Agak lama di situ. Kalau ada bela monyet kemungkinan besar beliau dah bersalin kembar empatblas sekaligus keluar cicit.

"Sorry la mak bidan lain kali saya tak beranak kembar patblas dah saya tau mak bidan penat lepas sambut sekor eh ada sekor lagi. Empatblas kali mak bidan cakap eh. Bakpe mak bidan tak scan dulu entah ada lima ekor lagi ni tengok perut kite masih boncit"


Life has been pretty busy even tengah stress pun tak mampu meluahkan kat blog. Not pretty busy. Very busy. So many things to do so many things going on tapi sekarang macam ada space sikit. Space to breath. Selama ni nak napas pun sempot ibarat rusa pegi scuba tanpa tong oksigen di belakang badan.

Alaaa dahku dan dunia blogging bukan ngam sangat pun. Tak macam pinang dibelah dua langsung.
Lebih tepat ibarat pinang dilenyek bulldozer digelek pula oleh motor benggali roti. Update ikut sukahati. Sebenarnya ada banyak nak cerita tapi takda masa. Travel jumpa biri-biri, jumpa english grandma, pegi Paris kali kedua, pegi London, pegi Amsterdam for the second time wuhuuu semua travel diary tak tercerita lagi. We'll see, bila stress tahap melampau i might lepak kat sini.


Siap lamar anak Pocahontas kau jangan main main. Jauh ni travel sampai ke Indian Village. Tapi sebab i pakai colour block terus bapak beliau reject. Silau katanya dapat menantu macam i.

I don't know, sometimes it's even better talking to virtual friends like u guys who don't even know me in person, yang tak pernah jumpa i langsung, who don't judge, who just read whatever crap i type but yet, still there for me reading all these nonsense rants. Some of u send me messages and rajin je type your comment. U guys are there. U guys exist. A place where i can say anything i want without being stab in the back. Well at least kalau korang cucuk pun darah sikitlah sebab kita tak pernah jumpa kan. Lain la kalau kawan or anybody depan mata i, nampak baik tapi kat belakang pung pang pung pang. Itu internal bleeding haemorrhage berdaroh idung semua la cerita dia haha sakit lebih la sikit.

Thank you for being such a nice virtual friend for me. All of u.

Akak yang tengah pregnant tu, kata anak bergolek dalam perut sebab baca blog ni, moga selamat melahirkan baby.
Awak yang tengah stress exam tetiba baca entry taik itik tu, moga result semua gempak.
Akak yang google khasiat daun kesum untuk tajuk master tapi tersesat kat entry laksa penang obersi, moga semua research berjalan dengan smooth. Kak Liya yang sampai opis rajin cari blog ni, i miss u. Kak Anis, moga sempat Tiara sambut baby akak hujung tahun ni. And my adik adik yang rajin tanya khabar, terima kasih ambil berat. Sorry ye kalau lambat reply. Aihh tak mampu nak mention semua orang tapi nak cakap i lep u. Lelaki pegi lap motor jela sampai kilat.

And to pilot yang cari keje tetiba sesat kat entry ulat bulu makan bayam. Harap maaf haha apa benda la haku merepek kat situ memang tak membantu cari keje kosong lalu.

Gotta go now.
See u when i see u!


Much love,
Your virtual friend.





Banjir yang bahagia

$
0
0
Talking about banjir.
It was a part of my life.
Because?
Dulu masa kecik i pernah duduk kat Sungai Lembing.
Banjir akan berlaku at least dua atau tiga kali setahun.
Air sungai dia pulak macam lembing dilempar Pak Sameon laju dan deras apabila hujan lebat akan berlaku lah banjir dengan ganasnya dan bengisnya dan rakusnya.

I was about 4 or 5 years old masa tu tak tau apa. I paling suka banjir. Haha.
Dulu rumah kayu so i'll be sitting kat tangga kayu tu tunggu air naik. Pastu air lambat sangat naik i pegi tido dulu. Bila bangun je terus tanya mak.
"Mak, air dah tinggi ke belum?" Dah kau kenapa Tiara tetiba berangan nak jadi little mermaid kononnya rumah tenggelam boleh berenang dalam rumah cenggitu. Tinggi sangat cita-cita padahal kalau selam dalam air lima saat dah kojol.


Mak dengan bapak belum balik kerja.
I tunggu sambil berenang-renang di sekeliling rumah bersama teman semermaid yang lain.


Other things i love about flood is that i want to row a boat.
Tau tak besen mandi budak kecik tu?
Lebih kurang cenggini la. Ini port i lepak main buih masa kecik sampai kembang jari.




Setiap kali banjir bercita-cita dapat melancarkan bot i ni sambil kayuh pakai penyapu mak. Tapi setiap kali i mintak mak dengan bapak i tak kasi. Setiap kali hujan akan disangkut tinggi tak tercapai dek tanganku. Panas sungguh la hati aku nak main bot-bot pun tak boleh. Keinginan sangatlah membuak-buak kalau ikutkan hati nak je kait besen mandi i ni, pastu curi-curi keluar ikut belakang. Nasib baik la ostazah kat tadika bagitau jangan durhaka cakap ibu bapa maka dahku turutkan jua. Bagus jugak ostazah ni kalau tak memang tertonggeng la haku dalam air mana la stabil bot kau ni Tiara dah besar baru sedar kenapa mak dengan bapak tak kasi. Dulu punya sedih sambil makan maggi ayam sambil berlinang air mata mak dengan bapak dah tak sayang aku ke.

Makanan banjir.
Opkos la maggi atau sardin dan telur dadar atau nasi kicap dengan telur.
Time hujan sejuk pulak tu i was the happiest person time banjir and i always looking forward to it.
Makan ramai-ramai bentang surat khabar sambil tunggu air naik cepatlah air tinggi berdoa dalam hati ini sangat sengal abadi. Gigih berdoa. I rasa time kat Sungai Lembing dulu ada la kut sepuluh budak kecik macam i berdoa banjir sebab tu tiap tahun Sungai Lembing banjir 3 kali. Orang kata doa budak kecik ni termakbul. Ke i sorang je dalam kampung tu doa cenggitu? Mintak maap la warga Sungai Lembing jika dahku penyebab banjir itu sobs.

Bot kertas!
This is another reason why i love banjir.
It's time to have fun with my paper boat.




Banyak gila la bot kertas i lipat pastu lancar dalam air rasa macam Tiara Columbus gitu.
Time ni pun i ada tulis surat nak cari kawan tadika. Sebab banjir kan kiterang terputus talian. Nak buat isyarat asap tak boleh main api pulak kecik-kecik cenggini.
I tulis kat kertas 'Aisya, sekolah bila bukak?' selain itu 'Kerja rumah awak dah siap?'
Kononnya bot tu berlayar la ke rumah kawan tadika i. Bila teringat balik serious rasa nak lukuk kepala sendiri. Apa lagi la aku tulis konpiden je surat boleh sampai sebab dah tengok ni arus banjir menghala ke rumah dia. Boleh sampai ni. Siap luahkan isi hati kenapa mak tak kasi main besen mandi buat bot tolongla bagi bot awak kita kongsi la kalau awak ada datangla ambik saya. Sampai aku umur doploh tahun habuk pun Aisya tak balas hampeh punya kawan.

Aftermath was fun too!
Lumpur penuh dalam rumah! It's time for sliding!
This was how it looks like after banjir. Ini rumah lama i.



Habis tilam, kerusi semua. Tapi masa kecik tak pikir apa pun.
Gigih je doa banjir lagi sekali.

Logik akal la sidang dewan yang dihormati sekalian.
Gelongsor dalam rumah ni siapa tak suka?
Tak payah susah pegi Sunway Lagoon bayar 30 hengget nak masuk.
Ini logik akal budak kecik la kalau orang besar memang dia lambung i dalam sungai.
Tak susah pun tak payah swimming suit. Pakai seluar ikat kemas sikit pastu lancar diri sendiri atas lantai. Terasa macam bom dilancar ke Hiroshima sungguh padu sekali diriku ini.
Posing sambil meniarap dan tangan kehadapan ibarat Superman juga was my favourite. 
Bila lagi nak terbang dalam rumah ce bagitau. Ini lah masanya.
Tapi tips utama slide ni, seluar kena ikat kemas-kemas la kang tak pepasal ada toyol pulak dalam rumah.

"Ajim! Ajim! Tengok along ni! Mula-mula kita lari kan, pastu kita meniarap camni, pastu nanti best rasa macam terbang. Best Ajim rugi tak buat baik Ajim buat..."
Ajim pun sengih-sengih sambil angguk macam itu lah idea paling brilliant dia pernah dengar seumur idop.

So my little brother yang berumur empat tahun pun ikut jela jejak langkah kakaknya ini sangatlah memberi kebaikan kepada diri sendiri sampai benjol kepala terhantuk dinding.
"Dah kau ringan lancar la diri tu slow-slow sikit apa la tak reti nak estimate" leterku di dalam hati bila mak marah kenapa ajar adik main lumpur slide cenggitu. Tengok, contoh anak yang tak derhaka mengomel dalam hati sahaja. Mekasih ostazah tadika jasamu ku kunang-kunang.


Masa ni i sangat hairan dan pelik kenapa bapak nak sedih bila banjir. Banjir sangat best oke pak.
Ape la bapak ni nak cangkung buat muka sedih pulak along sangat bahagia ni dalam hati doa lain kali banjir lagi. Memang patut diberi makan siamang budak kecik seketul ni tak berguna betol.

Senyum la pak!
Mintak laluan sikit pak nak lancar diri jadi Superman ni 

kang terlanggar bapak durhaka pulak.


Teruk jugakla aftermath.



Now that i am a grown up.
I can see why people rasa sedih bila banjir. Look at my house ikan dalam aquarium pun hilang. Beranda rumah roboh. Tilam habis berlumpur banyak barang rosak vespa kena baiki makanan susah cari and macam-macam lagi. Even tandas rumah pun hilang tak pepasal aku yang umur lima tahun ni jadi buruh kasar. Anak mithali kononnya sibuk nak menolong padahal kuderat tak berapa pun tiup muka dah tertonggeng ke belakang.


Tiara dan Ajim buruh berkaliber.
Time ni bapak pulak sengih, gembira rasa di hati anak-anak rajin membantu.
Dah kau kenapa Tiara mencangkung muka cenggitu macam cina apek kalah judi mati bini.


"Paaaaak bila nak banjir lagi!"
Kelekung bapak lempar batu bata benjol kepala.

Banjir was a fun thing to me back then.
Budak kecik semua benda pun bahagia. Being a kid was fun u don't really see the negative part of something u always find positive vibe in it. Now rumah i kat Kuantan. Kuantan banjir teruk tapi alhamdulillah rumah i tak kena mungkin sebab dah besar ni i tukar doa mintak tak banjir dah kat rumah. But it was horrible seeing all the pictures banjir agak besar and banyak benda rosak. I cuma mampu doa semua mangsa banjir diberi kekuatan dan kesabaran because i can't be there to lend a hand. Tulis lah surat kat i and lancar dengan bot kertas, untung-untung sampai kat i, boleh i balas. Bukan macam kawan tadika i tu sampai hati beliau buat i menanti jawapan. Penantian itu satu penyeksaan.



Stay safe orang Pahang.
Jaga diri and selalu lah berhati-hati.

Jangan guna besen mandi buat bot.




Bapak dan Irda yang epic

$
0
0


I have a dad.

Of course i have a dad takkan pulak terlahir dari buluh betung cucuklah ditelapak kakinya.
And daddyku diberi nama bapak. Sebab ada darah jawa secuit.
I yang bagi nama bapak, itu panggilan bukan Tiara Fazlin binti Bapak.

I don't know if jawa blood memang membuatkan orangnya sedikit loyar buruk. My dad can say something dengan muka takda perasaan and it's hella funny. And he will be like.
"Iye. Betul cerita bapak ni. Jangan ketawa" *sambil makan mee kari berpeluh-peluh sebab pedas*
Jawa memang macam ni ke? I've been observing jugak and i find it quite legit. 

So back to my bapak. Beliau sangat suka menyakat di masa lapangnya di masa boringnya.
I have a story and i don't know if any of your dad pernah buat keje yang berpaedah ni atau tak. Berpaedah ke tak haku pun tak tau la bapak ni takde keje betul. Kalau ada tolong lah bagitau mungkin kita boleh tubuhkan kelab 'Bapakku mengapakah begini?'

I have a sister, bernama Irda. I panggil dia Ida and sometimes Agnes Monica sebab dia ada crisis personaliti sikit masa kecik dia ingat dia ni Agnes. Sikit-sikit nyanyi lagu Agnes sambil menari macam Agnes. Cinta ini tak ada logika tak ada logika. Pastu kalau terserempak dengan i dalam rumah dia mesti buat gini sambil cakap.

"Whaddup A?"

Uolls bayangkanla i baru keluar bilik air dia nampak muka i terus "Whaddup A?" sambil buat tangan bentuk A tu. A for Agnes. Nak gi minum air kat dapur ternampak dia kat meja makan "Whaddup A?"
Dah kau kenapa dik, whatsupdoc sekali kang. Nak pukul tak boleh bawah umur lagi budak ni masuk penjara pulak aku nanti sapa nak siram kebun sayur i. Oh i tanam sayur masa tunggu result SPM dulu, boleh tahan petani berjaya i ni.

So here is the story. Between bapak and Irda. It was few years back masa Irda sekolah lagi.

Ida ni sekolah pagi. So dia naik van pegi sekolah. Bukan dia bawak van tu, ada pakcik yang tukang bawak. Ida ni penumpang je kalau dia yang bawak memang takkan sampai sekolah. Baru start enjin dah menjunam ke longkang.

Ida akan bangun awal pagi sebab van dia sampai depan rumah dalam pukul 6.40 pagi gitu.
Bagaimanakah langit di waktu subuh yang nak hampir siang tu?
Begini.



Bagaimana pula langit di waktu maghrib pula?
Begini.



Maka pada suatu hari Ida yang tersangatlah penat selepas pulang dari sekolah telah ketiduran dengan nyenyaknya. Sangat nyeyak ibarat ikan sedang tidur di sebelah air terjun. Kuat macam mana pun bunyi air terjun tu, ikan tetap tido tak bangun-bangun. Amboi Tiara peribahasa kau bagai aur di sungai lembing.

Ida tido petang sampai ke maghrib. 
Bapak memang tak suka anak tido time maghrib, tak elok.
So, bapak memang akan kejut.

Namun begitu, hari tersebut akan menjadi hari yang bersejarah dalam hidup Ida sebab bapak tu tetiba kejut Ida tapi pelik sikit caranya.

Out of the yellow, bapak suruh Nana, adik i yang ketiga pakai baju sekolah. Nana pun sekolah lagi waktu ni tapi tak sama sekolah dengan Ida. Memandangkan langit maghrib adalah sama warna dengan langit subuh, bapak i telah mengejutkan Ida begini.
"Ida, bangun dah subuh ni kena pegi sekolah. Cepat siap van dah tinggal meh bapak hantar"

Ida bangun terkulat-kulat. Kemudian Nana pun lalu depan Ida dengan baju sekolah dia.
Kuanajaaq Nana volunteer jadi pelakon tambahan untuk mengukuhkan keyakinan Ida it's time untuk pegi sekolah.

Ida yang tengah mamai bangun tido pun ingat it's time for school. Padahal itu maghrib bukan subuh.
Nana yang pakai baju sekolah merah muka nak tahan gelak.

"Van dah tinggal ke?
Baju sekolah Ida belum gosok ni"

Maka bangunlah Ida menggosok baju sekolahnya dengan muka yang sangat tidak rela.
Time ni bapak dah tak sampai hati tengok Ida. Macam kesian pulak gosok baju sekolah waktu maghrib. Sekolah mana yang bukak pukul 7 malam. Toyol pun pegi sekolah pagi atau tengahari.

Namun Nana yang hardcore telah menghalang bapak dari bagitau Ida it's maghrib not subuh.

Maka Ida dengan yakinnya, mandi, buat itu ini dan bersiap untuk ke sekolah.
Paling best Ida tak perasan pulak langit makin gelap bukan makin cerah.
Time ni Nana, Ecah, mak i semua pegi kedai makan sebab nak bukak puasa. Lupa nak bagitau cerita ni berlaku time bulan puasa. I have a warung near my house. Orang nak get ready order makanan untuk buka puasa, tapi Ida ingat semua orang dah pegi sekolah and mak i pegi keje. 

Siap pakai baju and beg sekolah, Ida pun tunggu bapak kat atas motor sebab cepat sikit sampai kalau naik motor, nak elak jam. I masa ni rasa nak menangis dah tengok Ida. Bergetar sampai bibir i menahan sebak di dalam dada.



"Bapaaak! Ida da siap jomla pegi sekolah.
Eh along siram kebun pagi-pagi. Whaddup A?"

Bapak pun tak boleh blah pegi amik kunci motor dan start enjin motor.
Bergeraklah mereka berdua di atas motor.

Kemudian tibalah mereka berdua ke warung di mana family i tengah menanti azan. Dekat je warung tu. Ida muka pelik kenapa jalan tak busy and kenapa semua orang tak puasa order tom yam dan nasi paprik beserta telur dadar dan juga kailan ikan masin? Apa tak puasa ni?

Kemudian Ida tanya bapak.
"Bapak...kenapa semua orang tak puasa..."
Lalu azan maghrib berkumandang dan semua orang start makan.
Baru lah Ida sedar bahawa itu waktu maghrib.
Muka Ida sudah tidak tertahan lagi untuk memberi pelbagai reaksi. Berlakulah sedikit gusti di maghrib hari. Ecah jadi referee bapak i menghilangkan diri.


Sampai tua pun Ida akan mengingati hari bersejarah tersebut.
Sampai ke hari ini Ida tak akan pernah lupa.
Hingga ke hari ini bila bangun pagi Ida akan check betul-betul jam pukul berapa.












Darah kacukan mermaid

$
0
0

Hello semua. 
Kita bertemu kembali setelah 9 bulan.
Ini sememangnya tempoh yang diperlukan untuk melahirkan sebuah entry.
Satu hari i type satu perkataan. Cenggitu la kekdahnya sehingga siap satu karangan.
Next entry tunggu lagi sembilan bulan ye bagi i minum susu Anmum cukup-cukup dulu.


Siapa entah jadi anonymous kat previous post ugut suruh update blog.

Terpaksa update ni sambil nangis. Janganla paksa cenggini.
Pastu kat instagram pegi kata batu Sungai Lembing pun tak berlumut macam blog ni.
Oi blog ni memang sengaja letak lumut oke kak Tiara bela ikan kat sini, lumut tu ibarat nasi bagi dierang makan sangat kenyang tidur mimpi sawah padi mandi dengan beras basmahti.


Bercakap pasal ikan. I yakin bahawa selain keturunan jawa i jugak berketurunan ikan duyung. Walaupun berketurunan jawa, i la jawa paling hampeh dalam family tree ini sampai je kat i terus terbantot segala ilmu.


Ilmu jawa i yang paling tinggi adalah mengira. I boleh kira satu hingga empat dalam bahasa jawa masuk nombor lima je cikgu i kena denggi tak sempat khatam. I dah duduk tepi katil nak dengar dia ajar nombor lima dalam bahasa jawa tapi sebab denggi bibir dia macam menggeletar nak sebut lima. I serabut bila segala qalqalah sabdu dari mulut dia tak berbutir i tinggal je buah limau dua biji anggur sebekas pastu i balik rumah terus.


Ilmu jawa i yang kedua adalah makan tempe.




Bagi yang mengikuti perkembangan i walaupun i tak kembang makan nasi lima kali sehari pun tak tau la kenapa susah nak gomok harapkan hidung jela kembang semangkok. Ok sambung bagi yang mengikuti instagram atau facebook mostly tahu that my parents went to Mecca. Mak dengan bapak pegi haji for 49 days. As most of us know, sebelum pergi haji there will be kelas dan latihan dan ceramah semua tu. Sebelum pegi kelas bapak kejut anak anak dulu. 


"Nana.....bangun na"

Nana yang tengah tido lena bukak mata terus sentap.


"Assolatuhoirumminannaum mana sejadah aku "


Nana ingat dia berada di alam lain dah tatkala melihat bapak pakai ihram sebab masa dia nampak bapak tu matahari pagi memang direct la memancar kat muka bapak. Macam penuh nur la gitu bercahaya sungguh muka bapak. Nana terkejut terus terduduk dengan taik mata cepueh rambut macam janggut kambing dipanah petir. Sambil Nana mengenyeh mata sambil tu jugak Nana nyanyi Asma-ul Husna.  


Apa lagi Ecah terus ambik songkok. I dengan Irda berdiri belakang Ecah posing tangan nasyid. 


Ecah pegang mikropon tahan ketawa tengok Nana terketor-ketor nyanyi Asma-ul Husna. 


                           
Di saat Nana sedar dia diperkambingkan terus Nana berdiri tarik ihram bapak pastu tepuk songkok Ecah amik tuala pegi mandi. Nasib baik bapak pakai seluar kat dalam kain ihram. Pagi yang amat suspen ye sidang dewan sekalian toyol mana boleh register tabung haji. 



Tengok nak cerita pasal ikan i cerita pasal toyol la, nasyid la hey ni yang i malas nak bercakap ni. Kalau diam dekat setahun blog berlumut bila dah start cakap tak reti nak berhenti pulak.  Berbalik kepada cerita ikan kita. 

Cinta bapak kepada ikan adalah sangat mendalam sedalam perigi bujang lapok menuntut ilmu mambang. Dari dulu lagi dah dia memang sayang ikan tapi i tak sangka la sayang sungguh mengalahkan cinta agung Romie terhadap Hanez Suraya. Anzalna rambut kepuk tolong sailang boipren baru Hanez oke nanti i belanja jagung bakar dua. 

Bapak i bela ikan kat rumah. Bela ni bukan repair tau macam mana nak repair ikan. 
Ikan pula ada makanan ikan yang tersendiri. Namun begitu bapak i selalu rasa makanan tu tak cukup.  

Bayangkan kita sekeluarga semua kat meja makan ni tengah dinner pastu ada la sekor udang je lagi tinggal dalam pinggan. We are talking about udang galah masak sambal petai ni bukan udang kering kena tepuk masuk kuah cili api. Bapak tanpa ragu terus ambik udang yang paling last dalam pinggan. 

Ecah adik bongsu i muka terharu dah tengok bapak nak kupaskan udang untuk dia. 

"Baiknya bapak kupas udang untuk Ecah"


Siap kupas tetiba bapak bangun dari kerusi, basuh udang kat sinki, kunyah, pastu campak udang masuk aquarium. Masa tu i rasa nak tukar binti ikan gupi dah. I pun tanya bapak.

"Pak, dah bakpenya nak kena kunyah udang tu?"
"Takut ikan bapak tercekik udang tu besar sangat"

Terus i masuk bilik ambik surat beranak tukar Tiara Fazlin binti Gupi Ekor Ungu.

Kejadian yang sama kian berulang dan akhirnya kami semua redho berkongsi kasih dengan anak ikan. Ini anak ikan betul bukan anak ikan peliharaan datin kesepian macam drama melayu tu bapak i bukan datin. 


Semakin dekat hari keberangkatan ke Mekah, semakin kuat gerak hati ini berkata yang bapak ialah King Triton ayah kepada Little Mermaid di kelahiran sebelumnya. Tetiba masuk unsur padayappa harap maaf ye semua.

"Hoi Wak Doyok bakpe kau ambik tempe dalam pinggan 
Wak Dimas Antakesuma kan dia tengah makan tu"
kata King Tritoludin.


Beberapa hari sebelum pergi menunaikan haji. 


Kau mampu ke sebelum pegi semayang Jumaat baca khutbah untuk ikan dulu?
"Sidang Jumaat yang berekor sekalian hendaklah kita berkongsi rumpai laut yang ada. Berikanlah salam setiap kali berjumpa bersatu kamu teguh bercerai kamu kawin lagi"

















Tangan lekat kat dinding tu nak mengalirkan kuasa khutbah masuk aquarium. Warna merah atas karpet tu bukan torch light, itu alat untuk translate bahasa melayu jadi bahasa ikan. 
                        

Ya allah mati la kalau bapak baca ni sebab bapak sendiri pun tak tau gamba ni ada dalam henpon i dia tengah tido i amik gamba. Macam biasa semua sila buat bulatan tadah tangan doakan i selamat. 

Sebelum pergi sekolah bapak buat tution dulu untuk semua ikan.
Kelas tambahan percuma ni kau ada?
                         


"Sepat tambah sepat jadi dua sepat. Gupi jangan main celah batu cikgu tengah mengajar ni"


Di bawah adalah rajah anak Jaludin yang redha berkongsi kasih. Walaupun sedar mereka dianak tirikan kera di hutan dipisangkan mereka tetap tolong cuci aquarium bapak. 

Sengihla sangat padahal jauh di lubuk sanubari, hanya jauhari yang 
mengenal kuih lompat tikam. 


Kalau ikutkan hati ni nak je curah air cuka lepas siap cuci aquarium biar semua ikan bertukar menjadi jeruk. Nasib baik teringat cakap ostazah darjah enam ikan tak suka cuka ye murid-murid. Tetiba sangat ostazah ajar cenggitu dalam kelas agama. Motip.


Setiap hari bapak akan mengadap aquarium. Tapi takpela bapak nak lepas rindu dulu sebelum tinggal ikan kita ni cuba la memahami. 

Hari berlalu dan akhirnya bapak pun berjaya menjejakkan kaki di tanah suci Mekah. Semuanya kembali normal tiada lagi ikan di antara kita. 

Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya dah banjir dari pagi tadi lagi. Selang beberapa minggu bapak pun call.


"Assalamualaikum along ikan bapak macam mana?"

Direct i jawab. 

"Dah mati belaka berbuih mulut ekor putus mata terkeluar sisik gugur"

Terus bapak letak. Emosinya haku tepon jauh-jauh tanya pasal ikan.


Lepas letak tu bapak message semula for confirmation. Along ikan macam mana. 




Demi menjaga hati bapak agar tenang menunaikan ibadah i pun jawab jela elok-elok. 

Persoalannya. 
Siapa anak bapak yang sebenar? 
Nasib baik bapak tak tanya. 
"Along, Ajim bagi khutbah tak untuk ikan bapak masa bapak takda ni?"

Weh memang i baling tongkat khutbah kat cermin ikan time tu jugak sambil jerit "Takbir!" 


Bapak pergi haji dengan mak. Rezeki mak dapat ikut. 49 days went so fast. Tak rasa pun. Kejap je and suddenly it's time for my parents to come home. Bapak dah kurang tanya pasal ikan sebab bapak dapat ikan lagi comel malah boleh bercakap. Sampai je KLIA kiterang nampak bapak pimpin ikan baru keluar arrival hall. 


Memperkenalkan!



         Ismet Ulam Jaludin dan Danish Segaraga. 


                            
Di bawah adalah kelas tution baru bersama Danish Segaraga menggantikan kelas tution ikan. Danish sorang je register tution percuma ni. Please excuse aircond kat belakang tu adik lelaki i punya kerja.






I don't know if jawa blood atau mermaid blood yang lagi kuat mengalir dalam badan i. Bapak still sayang ikan tapi bapak lagi suka makan ikan. Tempe pun bapak makan jugak. I guess kesimpulannya di sini adalah bapak seorang kanibal. 


Oke kelas tution ada lagi kosong, so sekarang siapa nak register jadi anak ikan bapak? 









Sabun di bilik mandi sabun

$
0
0



Hai hari ini saya beli sabun buku.

Bukan sabun bentuk buku tolongla takkan tengah mandi pun nak baca buku sambil sabun badan sambil baca sabun buku.

K i type balik.
Hari ni i beli sabun buku.
Tapi bukan sabun gel tu tapi sabun kotak. Paham tak susah nak explain ini gamba.




Dah lama tak pakai sabun cenggini. Hari ni i beli semula setelah sekian lama mejauhi diri darinya. Macam tu bahasa malaysia saya confident sangat. Saja ni nak bagi cikgu bahasa melayu naik darah sikit gurau kasar sekali sekala.

Sebelum ni i takut nak beli sabun buku ni.
Sebab?
I trauma sejak kecik. Sampai dah besar ni tengok sabun buku rasa nak mencangkung hadap dinding nangis tersedu-sedu sabun kau tolonglah mempergi jauh dari aku. Naik darah lagi cikgu bahasa melayu.

I have a dad.
Hahah ayat nak start ngumpat bapak oke macam biasa mari pegang tangan saya buat bulatan mintak bapak dijauhkan dari entry ni. Jangan sesiapa pun pegang tempe nanti bapak datang dekat.

Bapak i sukakan kebersihan. Bapak paling suka mandi. Tahap suka mandi ni tak dapat nak diulaskan dengan kata-kata. Kita bukan nak main masak-masak ni beberapa ulas bawang putih tapi ulas ni explain.

I can only explain berdasarkan situasi. Contoh situasi.
Kiterang satu keluarga nak balik Kuantan dari Kuala Lumpur. KL to Kuantan normally 2 jam setengah if u drive fast. Boleh balik hari je i selalunya. Tapi dengan bapak jadi?

Enam jam.
Bukan enam ketul jam dinding tu tapi 6 jam tempoh perjalanan.
Sebab bapak suka mandi.

Kalau ada movie 7 Perhentian lakonan Erra Pajira bapak akan ada filem sendiri tajuk 7 Hentian Perigi lakonan mantap Jaludin Pajeri mintak maaf nak type pajira tapi pajeri nanas tetiba lalu lalu depan mata puasa ini penuh menduganya. Hi cikgu bahasa melayu.

Setiap kali jumpa hentian bapak suka berhenti mandi pastu pegi surau solat walaupun boleh jamak dia nak jugak solat ikut waktu. Hentian pertama tu kira warm up. Next hentian bapak cari air, minum teh o panas sambil baca surat khabar la makan mee sup la pastu next hentian pegi beli kacang la beli buah betik la mandi lagi gosok gigi ada jela kerja dia. Bapak nak kumpul lencana pengembara pengakap ke berhenti semua tempat ni?

Ini kalau i terbang pegi indon sempat makan ayam penyet pastu penyetkan idung Agnes Monica sedas patah balik malaysia bapak kat Temerloh lagi tuala kat bahu baru lepas mandi.
Si Ecah pulak kat belakang ni tido sepuluh kali bangun balik tak sampai sampai Kuantan lagi. Berminyok ecah kat seat belakang sebab tunggu bapak, kalau tadah minyak boleh goreng telur lapan guni buat kenduri.

Pak, apa kata bapak tinggal je Ecah tepi highway ni. 
Ini dah kali sebelas Ecah bangun kita tak sampai lagi. Ecah tak berminat nak join kelab pengakap bapak kumpul lencana pengembara di setiap hentian. 
Pajeri nanas Ecah mana pajeri lalu depan mata lagi.



Serious ini kisah benar. That is how much my dad love cleanliness. Kat rumah takyah cakap la berapa kali mandi berpeluh sikit mandi kotor sikit mandi so i pun menurun la suka mandi gosok gigi. Pembersih sangat bapak i ni. Takyah letak febreze kat rumah letak bapak je wangi dah.

Now we have reached kisah gosok gigi. Macam ni la main type je ikut suka melalut sini sana jauh betul nak sampai part gosok gigi ni.

Dulu masa kecik i duduk rumah kayu kat Sungai Lembing. I dengan adik lelaki i beza setahun je so bapak memang jaga kiterang dua orang serentak. Memang di zaman awal kehidupan, tiga orang ni rapatla sahabat handai sahabat hyundai. Mandi pun sama-sama pakai seluar katak berhimpit dalam bilik air. Toyol melayu la katakan, sopan pakai seluar. Toyol jawa dia lain sikit pakai daun pisang macam balut tempe tu kiterang jawa celup je so pakai seluar katak ok dah.

Pada suatu hari macam biasala hari dah maghrib penat main berpeluh semua bapak kata dah jom mandi. Maka terkedek-kedek la si Tiara dan si Ajim berjalan ke bilik air berseluar katak.

Bapak sangat best kalau dalam bilik air sempit tu bapak boleh buat bilik air tu rasa macam Sunway Lagoon. Ada kolah air bapak buat jadi swimming pool, main buih buat belon, paling best i dengan Ajim main paip air shower tu. Buat macam cium kepala ular.



Sama kan?
Imaginasi tak nak kalah.


I buat bunyi seruling sambil Ajim cium kepala shower. Ko mampu cium ular tedung dalam bilik air? Dah cium muka bangga sebab hidup lagi walaupun cium ular berbisa dua-dua tak kena patuk. Hebat sangat dah rasa masa tu bapak pulak melayan tepuk tangan lagi la rasa bangga.
Setelah berseronok dalam bilik air dah basah dah shampoo semua tibalah masa untuk menggosok gigi.

I dengan Ajim berbaris la mencangkung depan bapak.
Tetiba bapak buat muka lain sikit tapi kiterang tak syak apa-apa pun.
Lepas tu bapak hulur la berus gigi kat Ajim dengan i.
Masuk berus gigi dalam mulut gosok sekali dua Ajim buat muka macam ni.





I pun muka terkesima jugak.

Tapi gosok je la gigi anak mithali kan sebab tengok bapak gosok macam biasa je muka bapak.

Ajim try to go but he kenot go. Tetiba Ajim nangis.

"Pak...ubat gigi apa ni pak...."

Tapi i kalong kan takleh la nangis. Kalong harus kental. Sambil gosok tu dahi i jela berkerut.

Ubat gigi species apa ni.
Loading.......


Bapak kata ni ubat gigi mahal sebab tu rasa lain sikit. Kiterang pun gosok la gigi sambil mencangkung. Tapi sekuat mana pun kalong saiaa tetap taaa kuad awaaaa. Menitik jugak air mata memandang ke lantai. Tik tik tik camtu bunyi air mata jatuh.

Kejadian itu berlaku beberapa kali juga sepanjang hayat Tiara dan Ajim.
Namun masa berlalu membuatkan Tiara semakin mengesyaki ubat gigi mahal bapak.

Dah besar sikit baru la i sedar rupanya selama ni ubat gigi mahal itu adalah sabun buku. I tak tau la zaman dulu sabun buku mana bapak i guna pegi tenyeh kat berus gigi hulur kat kiterang. Cap burung kakak tua warna hijau tu if u guys still remember. Sebak wei gosok gigi dengan sabun perasaan bercampur baur. Mixed emotion nak rasa apa pun tak tahu.

I found the sabun gais. Penjenayah burung kakak tua nampak ganas tu kan kembang sayap dua. I tak ingat langsung bau dia macam mana tapi i ingat rasa dia
hahahaha tak kelakar oke gais ini kisah sedih.


Bila tanya bapak kenapa pak kenapa bagi sabun buku. Bapak bagi sabun sebab ubat gigi habis. Kita dalam situasi darurat bapak nampak sabun je. Bapak kata kebersihan itu penting badan kena sentiasa wangi. Mulut juga haruslah sentiasa wangi gigi kena gosok selalu. Pentingnya gosok gigi ni walau badai melanda walau lautan api menduga kita harus redah jua.

Pak, along nak cakap ni. Sabun memang wangi, tapi sabun bukan ubat gigi.

Kenapa bapak tak suruh kiterang kunyah bunga ros je?

Bapak juga kata asal ada buih tu ubat gigi la tu. Paling tragis Nana dan Irda juga percaya dengan nasihat yang bertamadun ini. Kesimpulannya semua adik-adik i pernah makan sabun. Jangan tanya kiterang apa rasa sabun. Tak nak bagitau pegi rasa sendiri dan hayati derita kami. Bapak memang sangat menjaga kebersihan diri dan anak-anak. I rasa kalau i dah ada suami tapi tak suka berus gigi memang i ikat dia dalam bilik air paksa gosok macam ni.

Dah bakpenya ecah makan racun tikos sampai berbuih mulut.
This is actually a video hahah Ecah tak 

suka gosok gigi masa kecik maka dipaksa oleh bapak.
Kaki silang ko jangan main-main gosok gigi pun kena casual.


EXHIBIT 1:
Mangsa dera cuba tunjuk perasaan tak puas hati.

Mangsa dera sakit hati.

Tapi apa pun i tetap mangsa dera paling mithali. Gosok dengan sabun pun i tak jelir lidah i tetap sengih ibarat kerang wangi.

Bahagia mu derita ku pak...


Now that Ajim and i dah besar so those sabun ubat gigi has long gone. Kiterang lagi rela merangkak pegi kedai beli ubat gigi dari guna sabun.

Namun, pada suatu hari...

Bapak nak pegi sekolah. Bapak i cikgu bagi sesiapa yang tak tau. Bukan bapak i ni darjah dua tetiba nak gi sekolah pulak anak dah lima ketul cenggini. I pun macam biasala salam bapak kat tangga hulur bekal air fresh oren dia and roti bakar.

Pastu mak pulak salam bapak laga pipi sambil cakap bye apa semua pastu mak tanya.
"Eh bang kenapa bau sabun lux tetiba ni?"
I dalam hati tahu dah kenapa. Masa tu dalam hati berbuih buih dah rasa nak curah je bekal air oren ni kat bapak tapi i sabar.
Bapak dengan penuh rasa tak bersalah jawab
"Nak cepat pegi sekolah ubat gigi habis nak cepat ni nak cepat."
Mak gelak je.

I sambung dialog
Pak, lain kali jangan guna sabun lux, guna sabun basuh kain tu bagi berkilat putih terus gigi. Bukan wangi je berkilat sungguh kalau campur clorox sikit buat clorox tu macam lysterine kumur kumur. Kalau blackout kat sekolah, bapak sengih je sebab gigi bapak putih sangat boleh suluh satu sekolah. Kalau satu keluarga kita ni berus gigi guna sabun basuh kain jimat letrik kerja kita sengih je dalam gelap habis semua bersinar sinar takyah bukak lampu dah. Bla bla bla bla bapak tutup telinga sambil jalan masuk kereta terus drive pegi sekolah.


Lepas ni tolongla siapa-siapa yang terserempak dengan bapak i hulur colgate kat dia sambil nyanyi 

Gosok gigi berpada-pada~~
Gosok dengan sabun jangan sekali~~
Hidup di bilik mandi banyak pancaroba~


Gitu nasyid bulan Ramadhon.
Happy fasting everyone!




P/S: Terima kasih bapak jaga kebersihan anak-anak dari kecik. We lebiu. Muaah banyak.





Viewing all 50 articles
Browse latest View live